Euforia Bola 2026
Famili

Anak Hidap Kanser Otak Selepas 2 Bulan Suami Meninggal Dunia, Wanita Ini Cekal Hadapi Ujian Hidup!

kanser otak

Semalam, sebuah kisah yang dikongsikan oleh Hafiza Mustapa di hantaran Facebook telah membuat ramai yang membacanya meruntun jiwa. Di mana, dia ditakdirkan bertemu dengan seorang ibu cekal bersama anak yang merupakan penghidap kanser otak di sebuah surau, di sini.

Menurut Hafiza, sewaktu kejadian dia berada di Surau Stesen Minyak BHP Sungai Dua untuk singgah menunaikan solat.

Baca juga: [VIDEO] “Allahuakbar..” Pengasuh Teresak Menangis, Didakwa Bunuh Kanak-Kanak 3 Tahun!

ANAK HIDAP KANSER OTAK SELEPAS SUAMI MENINGGAL DUNIA

kanser otak

Gambar Hafiza Mustapa: Adik Iman yang ditemui Hafiza ketika singgah di Surau Stesen Minyak BHP Sungai Dua untuk solat.

Adik Iman diagnosis kanser otak selepas 2 bulan bapanya meninggal dunia akibat kanser 

Setelah melangkah masuk ke dalam surau, dia melihat seorang ibu sedang memberi makan kepada budak besar yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) sambil bersembang dengan pengunjung surau yang lain.

Lalu, Hafiza menegur wanita yang bernama Ain itu untuk bertanyakan keadaan anak tersebut.

“Ya, anak (adik Iman) akak tak sihat, baru sahaja sakit ini. Tahun lepas, sebelum ini dia sihat sahaja. Lepas abahnya meninggal dunia bulan 7 sakit kanser, anak akak bulan 9 terus collapse.

“Masuk ICU 2 bulan. Lepas itu doktor diagnosis kanser otak. Lumpuh badan-badan semua. Ini akak baru balik dari GH,” ujar Ain.

Sebelum diagnosis kanser otak, adik Iman dalam keadaan sihat

kanser otak

Gambar Hafiza Mustapa.

Setelah mendengar cerita tersebut, lantas, Hafiza memaklumkan kepada suaminya sambil menangis tersedu-sedu dan mengajak untuk melihat sendiri keadaan adik Iman.

Anak dia sihat walafiat sebelum ini. Tapi tiba-tiba anaknya sakit macam itu, tak boleh bangun dan makan melalui susu syringe. Besarnya dugaan.

Difahamkan, Ain mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Tambahan pula, Ain sudah berhenti berniaga kerana menjaga suaminya yang sakit sebelum ini dan kemudian berlanjutan menjaga adik Iman.

Bertimpa-timpa ujian kakak itu lalui. Dia minta Fiza dan Faiz doakan dia kuat. Dia memang tunjuk semua gambar suaminya meninggal dunia.

Dia cakap adik iparnya tolong pinjamkan kereta, setiap kali ke GH. Kereta dia rosak, tapi dia kata segan juga jadi dihulurkan RM50 kalau dia pinjam kereta.

Baca juga: Kerap Korek Hidung Sampai Salur Darah Pecah, Lelaki Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan!

Puan Ain akan mendukung anaknya masuk ke GH kerana tidak mampu membeli kerusi roda khas

Paling meruntun jiwa Hafiza, setelah mengetahui puan Ain selalu mendukung anaknya masuk ke GH berikutan tidak mampu membeli kerusi roda untuk pesakit yang ada tulang belakang.

Fiza dan Faiz adalah sumbang sikit. Fiza cakap akak guna dulu ya. Nanti saya kongsi dalam Facebook kalau ada yang nak membantu, Alhamdulillah. Rezeki akak ya.

Masa Fiza tunjuk jumlah Fiza QR dekat dia tak adalah banyak mana tapi Kak Ain rasa terharu dan tadah tangan menoakan kami. Dia cakap Allah SWT hantar orang bantu dia.

Seterusnya, Hafiza berkongsikan QR bank adik Iman di ruangan komen hantarannya itu untuk sesiapa yang ingin bersedekah.

Sekiranya ada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ingin membantu, boleh mesej Hafiza di Facebook untuk mendapatkan nombor telefon puan Ain dari Sungai Petani.

penghidap kanser otak

Gambar Hafiza Mustapa: Akaun QR bank adik Iman.

Nota penulis:

Pada waktu artikel ini ditulis, penulis masih menunggu balasan mesej Hafiza Mustafa untuk mendapatkan maklumat bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan.

Maklumat lanjut akan dikemas kini.

Baca juga: 20 Kecederaan Akibat Hentakan, Budak 6 Tahun Maut Disyaki Didera Pengasuh & Suaminya!

Sumber: Hafiza Mustapa

FT Image: Hafiza Mustafa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×