Euforia Bola 2026
Asuh

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM Bukan Automatik RM1,000 Sebulan, Ini Cara Kira & Syarat Kelayakan

BANTUAN KANAK KANAK

Ramai berkongsi maklumat mengenai Bantuan Kanak Kanak (BKK) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di media sosial, namun masih ada yang keliru mengenai jumlah bantuan sebenar.

Sebelum membuat sebarang andaian, penting untuk mengetahui bahawa BKK bukan diberikan secara pukul rata kepada semua penerima. Sebaliknya, kadar bantuan bergantung kepada umur kanak-kanak, syarat kelayakan serta had maksimum bantuan yang ditetapkan.

Baca juga: Belum Dapat Giliran Haji? Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rayuan PJH & Pengalamannya Berjaya Tunai Haji

BANTUAN KANAK KANAK BUKAN AUTOMATIK RM1000 SEBULAN

BANTUAN KANAK KANAK

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan agar dapat terus tinggal bersama keluarga atau penjaga dalam persekitaran yang selamat.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah antara RM200 hingga RM1,000 sebulan, tertakluk kepada syarat dan pengiraan yang ditetapkan.

Kadar bantuan ditentukan mengikut umur setiap kanak-kanak:

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah: RM250 seorang sebulan
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga bawah 18 tahun: RM200 seorang sebulan

Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan bantuan yang boleh diterima bagi satu keluarga adalah terhad kepada maksimum RM1,000 sebulan.

Antara syarat kelayakan:

– Penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia serta bermastautin di Malaysia.

– Menjaga kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.

– Pendapatan isi rumah memenuhi syarat Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar semasa.

Kanak-kanak tidak layak menerima BKK sekiranya:

– Menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK).

– Menerima bantuan bulanan JKM yang berkaitan.

– Menerima elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

– Bekerja sepenuh masa (bagi yang berumur 16 tahun ke atas).

– Bukan warganegara Malaysia.

BANTUAN KANAK KANAK

Kredit: Gemini AI

Contoh pengiraan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Situasi 1 – Sebuah keluarga mempunyai empat orang anak:

  • 4 tahun: RM250
  • 3 tahun: RM250
  • 13 tahun: RM200
  • 14 tahun: RM200

Jumlah bantuan yang layak diterima ialah RM900 sebulan.

Situasi 2 – Sebuah keluarga mempunyai lima orang anak:

  • 6 tahun: RM250
  • 4 tahun: RM250
  • 3 tahun: RM250
  • 1 tahun: RM250
  • 4 tahun: RM250

Jumlah pengiraan sebenar ialah RM1,250. Namun, keluarga tersebut hanya layak menerima RM1,000 sebulan kerana jumlah itu merupakan had maksimum Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsi di media sosial.

Ini kerana Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bukan diberikan secara automatik kepada semua keluarga yang mempunyai anak, malah jumlah bantuan juga tidak semestinya RM1,000 sebulan.

Sebaliknya, kadar bantuan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak, syarat kelayakan yang ditetapkan serta had maksimum bantuan bulanan.

Baca juga: Tular Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Lotus’s Malaysia Tampil Beri Respon & Jalankan Siasatan Menyeluruh

Sumber: Facebook Jabatan Kebajikan Masyrakat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×