Berpuasa merupakan satu amalan yang mulia tetapi bagi kanak-kanak ia boleh menjadi satu cabaran. Rasa penat berpuasa sering dirasai terutamanya jika berada di sekolah atau pertama kali belajar berpuasa.
Keletihan ini boleh menyebabkan anak mudah lesu, kurang bertenaga dan tertidur seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu di aplikasi TikToknya.
Baca juga: Tanda-Tanda Ibu Bapa Selalu Abaikan Anak, Nombor 9 Ramai Buat & Anggap Dah ‘Perfect’!
PENAT BERPUASA SAMPAI TERTIDUR, ADIK INI TARIK PERHATIAN

Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, memaparkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun terbaring di atas bangku simen semasa menunggu ketibaan ibu ayah.
Pada mulanya, si ibu tidak menyangka bahawa budak yang terbaring itu adalah anak lelakinya. Melihat keadaan si kecil itu, dia berasa kasihan kerana kelihatan begitu letih.
“Dari jauh mata melilau cara mana anak, tengok ada budak tengah tidur. Kesiannya tengok tidur dekat situ. Mata masih lagi mencari anak. Sekali terpandang beg ada tag nama, ya Allah anak saya rupanya,” ujarnya.
Dapat dilihat menerusi video itu, budak lelaki berkenaan terbaring di atas bangku dan didukung oleh bapanya untuk pulang ke rumah.
Tambah si ibu, itu merupakan hari kelima anak lelaki berpuasa penuh. Cuaca panas mungkin menyebabkan anaknya kurang bertenaga.
Video perkongsian tersebut mendapat ratusan ribu penonton di media sosial dan rata-rata memuji sikap si kecil itu yang cuba berpuasa di bulan Ramadan.
“Sebak pula tengok. Bagus sangat ayah dia terus dukung. Belajar rajin-rajin dan jangan tinggal puasa ya. Semoga membesar dengan jayanya,” komen pengguna media sosial.
Baca juga: Jangan ‘Give Up’ Hantar & Ambil Anak Balik Sekolah, Momen Paling Ibu Rindu Bila Anak Dah Besar
Sumber: TikTok Yanalee
