Bulan Ramadan adalah waktu yang penuh keberkatan, di mana doa-doa hamba-Nya lebih mudah untuk dimakbulkan. Bagi mereka yang sedang mencari pasangan hidup, inilah momen terbaik memohon doa untuk jodoh kepada Allah SWT agar diberikan pasangan yang baik dan beriman.
Berikut merupakan antara 3 doa yang ‘kuat’ untuk diamalkan sepanjang Ramadan ini dalam mempermudahkan perjalanan anda mencari teman sehidup semati.
Baca juga: Adab Doa Pu Riz & Neelofa Sempena Ramadan, Tips Untuk Allah SWT ‘Happy’ Kena Baca Macam Ini..
3 DOA UNTUK JODOH BOLEH AMAL SEPANJANG RAMADAN
1. DOA NABI MUSA

رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir.
Ertinya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan (rezeki) yang Engkau turunkan kepadaku.” (QS Al-Qasas: 24)
Doa ini dibaca Nabi Musa ketika sampai di Kota Madyan dalam keadaan miskin dan tanpa pasangan. Setelah mengamalkannya, beliau dianugerahkan jodoh dari Allah SWT iaitu putri Nabi Shuib AS. Oleh sebab itu, sebahagian ulama menyebut doa Nabi Musa sebagai doa memohon jodoh.
2. SURAH AL-ANFAL AYAT 63

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا مَّآ أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Wa allafa baina qulụbihim, lau anfaqta mā fil-arḍi jamī’am mā allafta baina qulụbihim wa lākinnallāha allafa bainahum, innahụ ‘azīzun ḥakīm
Ertinya: “dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”
Ayat ini memberi penjelasan mengenai cinta dan kasih sayang Allah SWT. Surat Al Anfal ayat 63 menceritakan tentang redha Allah terhadap kaum Muslimin dan merestui perjuangan mereka dengan mempersatukan cinta dan kasih sayang.
3. SURAH AL-AHZAB AYAT 33:36

اللهم يَسِّرْ لِي زَوَاجِي وَاجْعَلْهُ خَيْرًا لِي فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَآخِرَتِي
Allahumma yassir lī zawājī waj‘alhu khayran lī fī dīnī wa dunyāya wa ākhiratī.
Ertinya: “Ya Allah, mudahkanlah pernikahanku dan jadikanlah ia sebagai kebaikan bagiku dalam agamaku, duniaku, dan akhiratku.”
Doa ini boleh diamalkan dengan penuh keikhlasan dan keyakinan agar Allah memberikan jodoh yang terbaik serta menjadikan pernikahan sebagai keberkahan dalam hidup. Semoga Allah mengabulkan doa-doa yang baik.
*Buat anda yang sedang mencari peneman hidup, cuba amalkan doa-doa ini sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Mana tahu, kali ini doa anda akan diangkat oleh Allah SWT? Aamin…
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
Sumber: Tiktok @essenceofislam
