Euforia Bola 2026
Famili

Isteri Menangis Makan Nasi Dagang Beli Di Bazar, Rasa Masakan Sama Macam Arwah Ibu..

nasi dagang

Menjadi lumrah bagi anak-anak perantauan untuk merindui masakan ibu khususnya ketika berbuka puasa dalam bulan Ramadan. Tambah pula jika ibu sudah tiada lagi dunia ini seperti kisah menyayat hati dikongsikan menerusi laman Tiktok berkenaan makan nasi dagang.

Video yang dikongsikan oleh peniaga bernama @nanajiha.97 mendapat lebih dari 137 ribu tontonan membuatkan ramai dalam kalangan netizen mengalirkan air mata.

Baca juga: Fail Mahkamah TV3 Rungkai Kes Bunuh Jiran Tahun 2020 Yang Kejam, Mayat Dibuang Dalam Parit!

PENIAGA NASI DAGANG KONGSI KISAH PELANGGAN, UNDANG SEBAK…

nasi dagang

Peniaga bazar Ramadan di Bandar Baharu, Kulim, Kedah ini tular apabila berkongsikan cerita mengenai pelanggannya yang menyentuh hati. Walaupun tinggal di utara, namun Nanajiha mempunyai kepakaran untuk memasak dan berniaga makanan dari negeri Pantai Timur.

Menurutnya, pada hari pertama berniaga di bazar dia bertemu dengan pelanggan wanita yang berasal dari Kuantan mengatakan sudah lama tidak makan nasi dagang.

“Hari pertama berniaga di bazar Ramadan dah buat pelanggan menangis. Ada pelanggan datang beli nasi dagang. Dia cakap dah lama tak makan nasi dagang.

“Aku tanya orang mana, dia jawab orang Kuantan. Terjumpa pula orang kampung,” ujarnya memulakan cerita.

Menurut Nanajiha yang turut menjual nasi berlauk, suami kepada wanita itu datang semula selepas waktu berbuka puasa, menyebabkan dia dan suaminya risau dan tertanya-tanya. Mana tidaknya, sebagai peniaga apabila ada pelanggan datang semula, pasti akan memikirkan bahawa pelanggan ingin memberitahu bahawa makanan tersebut mempunyai masalah seperti basi.

“SAMA MACAM ARWAH MAK MASAK”

nasi dagang

Gerai nasi dagang Nanajiha di Bandar Baharu.

Namun, ada plot twist apabila peniaga tersentuh mendengar cerita sebenar oleh suami pelanggannya itu.

Lepas berbuka, kami kemas-kemas, ada brother datang. Dia tanya, adakah aku akak yang jual nasi dagang? Aku jawab ya. Dia minta maaf dalam nada perlahan.

“Aku dengan suami dah cuak. Dalam hati, kami fikir matilah jual gulai basi ke? Sebab setahu aku, gulai aku tahan dua ke tiga hari. Brother tu tanya, gulai ikan ada lagi tak? Aku kata ada.

“Dia minta bungkus. Dia kata isteri dia orang Kuantan yang datang tadi. Dia cerita, isteri dia makan nasi dagang sambil menangis masa berbuka.

“Dia kata nasi dagang dan gulai ikan sama macam arwah mak dia masak. Sebak dah aku. Aku pun sedekahkan al-Fatihah buat arwah ibunya,” ceritanya lagi.

Video ini bukan sahaja dihujani air mata para netizen malah komen-komen yang ditinggalkan juga mengundang rasa sebak dan simpati. Ujar Nanajiha lagi, dia yang sambil mencedok lauk pun mengalirkan air mata saat mendengar kisah yang dikongsikan pelanggan tersebut.

Baca lagi: Senarai Bazar Ramadan 2025 Di Lembah Klang, Bau Martabak & Ayam Percik Dah Terbayang-Bayang!

Sumber: Tiktok @nanajiha.97

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×