Melalui kenyataan terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebook, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh peniaga makanan di bazar Ramadan yang perlu dipatuhi.
Hal ini bagi memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat. Berikut merupakan 10 aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh peniaga di bazar Ramadan seperti berikut:
Baca juga: Dr. Sarankan 15 Ubat WAJIB Ada Dalam Peti Pertolongan Cemas, Sakit Biasa Boleh Rawat Sendiri!
PENIAGA MAKANAN DI BAZAR RAMADAN
- Makanan tidak disediakan terlalu awal.
- Makanan hendaklah diangkut dalam kenderaan yang bersih serta tidak bercampur dengan bahan kimia bukan makanan dan barangan lain yang tidak berkaitan.
- Makanan dihidangkan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
- Sentiasa menggunakan penyepit, senduk, sudu atau sarung tangan yang bersih untuk mengendalikan makanan.
- Elakkan menghidang makanan secara bertindih antara satu sama lain.
- Sentiasa memakai pakaian pelindung iaitu apron dan penutup kepala yang bersih.
- Tidak memakai barang kemas, jam tangan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pencemaran ke atas makanan.
- Tidak melakukan amalan-amalan tidak baik seperti menggaru kepala, bersin atau batuk ke arah makanan.
- Membasuh tangan setiap kali selepas ke tandas dan mengendalikan benda kotor.
- Tidak menjual baki makanan yang tidak terjual pada keesokan harinya.
Baca juga: AWAS Tanda-Tanda Diabetes Boleh Tengok Pada Kulit, Salah Satunya Muncul Tompok Kering!
Larangan menggunakan peralatan yang bukan untuk penyimpanan atau penyediaan makanan
Selain itu, KKM juga menegaskan larangan penggunaan peralatan yang bukan bertujuan untuk penyimpanan atau penyediaan makanan.
Antaranya ialah:
- menggunakan akuarium sebagai pengganti bekas air balang
- tong sampah hitam untuk menyimpan bahan mentah
- peralatan lain yang tidak sesuai
Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan pencemaran makanan dan meningkatkan risiko kesihatan kepada pengguna.
Baca juga: Badan Kudis Dijangkiti Sporo Kucing Kurap, Dr. Pesan Boleh Cepat Merebak Jika Salah Suntik Ubat!
Medium untuk melapor insiden keselamatan makanan
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan atau melihat sendiri insiden keselamatan makanan, hubungi mana-mana:
- Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri
- Layari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
- Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM)
Baca juga: Petua Hilang Letih Badan Paling BERKESAN, Masa Mandi Jirus Air Rebusan Ini!
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
FT Image: TheReporter / FMT

