Euforia Bola 2026
Famili

Bayi Lelaki Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia, “ALLAH Pinjamkan Muhammad Darwisy Sekejap”

baddrol bakhtiar

Ini merupakan berita yang sedih dan mengejutkan, anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya. Difahamkan, anak bongsunya adalah lelaki bernama Muhammad Darwisy dan mempunyai kembar perempuannya, Dhiya Dinara.

Baca juga: Anak Bongsu Ayu Raudhah & Zaquan Adha Usia 6 Bulan Meninggal Dunia

ANAK BONGSU BADDROL BAKHTIAR MENINGGAL DUNIA

baddrol bakhtiar

Foto: Kedah FA

Ini merupakan apa yang dikongsikan di dalam laman Instagram miliknya:

“Dukacita dimaklumkan anak bongsu YB Baddrol Bakhtiar telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 3.15 pagi ini.

“Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke Masjid Taman Ria, Sungai Petani.

“Doakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahklan segala urusan,” maklum kenyataan tersebut.

Walau bagaimanapun, punca kematian tidak dimaklumkan dan masih tiada maklumat mengenai usia arwah anaknya itu.

Sebaik berita ini dikongsikan di media sosial, ramai peminat termasuklah bekas rakan sepasukan Baddrol mengirimkan ucapan takziah dan doa buat keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu.

baddrol bakhtiar

Foto anak bongsunya.

Salam takziah diucapkan kepada YB Baddrol Bakhtiar dan sekeluarga. Semoga arwah anak bongsu ini ditempatkan di dalam syurga Allah SWT. Amin…

Baca juga: Berjalan Guna Tangan Pakai Selipar, Netizen Sebak Tengok Semangat Berdikari Murid OKU Pergi Sekolah

Sumber: Instagram @bakhtiarbaddrol, isteri (@nurizyanmk)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×