Penyanyi remaja, Puteri Nur Azzahra Aziz, 14, yang merupakan anak perempuan kepada Aziz M Osman bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di peringkat universiti pada tahun depan.
Namun begitu, anak kepada pelakon dan pengarah itu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan terlebih dahulu.
Baca juga: Bantu Rakan OKU Ikut Serta Merentas Desa, Murid Lelaki Tolak ‘Wheelchair’ Sambil Tersenyum!
ANAK DARA AZIZ M OSMAN BAKAL MASUK UNIVERSITI TAHUN DEPAN

Gambar Ahmad Ukasyah: Ara Aziz ketika ditemui para media.
Mesra disapa Ara, dia sedang mengikuti program kemasukan ke universiti secara terus (fast track) di sebuah sekolah antarabangsa.
Bagaimanapun, Ara perlu lulus dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang bakal diambil tidak lama lagi.
“Saya masuk ‘fast track’ dan ‘loncat’ beberapa tahun. Sepatutnya saya dalam tahun kesembilan pada tahun ini, tetapi saya dah melangkau masuk ke tahun sebelas di sekolah.
“Saya akan menduduki International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tak lama lagi. Ia setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi versi British,” katanya kepada Harian Metro.
Pasang niat untuk belajar di universiti luar negara
Dalam pada itu, Ara bercadang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara namun kerana masih muda, hasrat itu terpaksa ditunda.
“Insha Allah, tahun depan saya akan masuk universiti. Saya sebenarnya nak ke universiti luar negara.
“Tetapi, kerana usia saya baru 14 tahun, saya akan lanjutkan pelajaran sebahagian di Malaysia dan bila dah cukup umur untuk keluar negara, saya akan habiskan,” katanya.
Baca juga: Amatullah Hamidah Si Cilik 7 Tahun Dari Terengganu, JUARA DUNIA Pertandingan Pidato Inggeris!
Minat psikologi kerana fungsi otak manusia yang kompleks dan misteri
Selain itu, Ara bercadang untuk menyambung pengajian dalam psikologi kerana meminati bidang itu sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, psikologi adalah bidang yang diminatinya sejak sekian lama kerana melihat fungsi otak manusia yang kompleks dan penuh misteri.
“Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi. Saya pilih psikologi dah lama juga dan saya rasa ia sangat menarik kerana otak manusia itu sangat kompleks dan bekerja dengan sangat misteri.
“Saya nak habis sekolah awal, jadi saya nak fokus kepada pelajaran dahulu dan selepas itu, barulah kerja-kerja seni. Keutamaan adalah pendidikan,” katanya.
Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra adalah anak hasil perkahwinan ketiga Aziz dengan bekas isteri, Puteri Lily Lokman.
Terbaharu, Ara terbabit dalam lagu Aidilfitri Raya Gen Z bersama tiga selebriti remaja lain iaitu Cik B, Qadejah Aliff Syukri dan Alyssa Dezek.
Baca juga: Raih 5 Anugerah, Ahmad Khidir Mendominasi SMJK Heng Ee & Dinobatkan Tokoh Pelajar Cemerlang!
Sumber: Harian Metro
FT Image: Ahmad Ukasyah / MStar
