Euforia Bola 2026
Famili

Anak Aziz M Osman, Ara Aziz Masuk Universiti Umur 15 Tahun, “Ini Bukan Biasa-Biasa, Hebat”

ANAK AZIZ M OSMAN

Anak Aziz M Osman, Puteri Nur Azzahra atau Ara Aziz sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai dengan kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris ketika masih kecil.

Namun, di sebalik wajah ceria dan bakatnya yang menyerlah, Ara, 14 tahun, kini memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada akademik.

Baca juga: Anak Erra Fazira Raih Keputusan Cemerlang IGCSE, Engku Aleesya Pilih Sambung A-Level

ANAK AZIZ M OSMAN, ARA AZIZ BAKAL MASUK UNIVERSITI UMUR 15 TAHUN

ANAK AZIZ M OSMAN

Ara mengejutkan peminat apabila membuat keputusan menarik diri daripada rancangan Talk To My Manager kerana ingin fokus terhadap peperiksaan akhir International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang bakal dihadapinya tidak lama lagi.

“Peperiksaan akhir saya makin hampir. Insya-Allah, saya akan cuba buat yang terbaik dan seterusnya melangkah ke universiti,” katanya.

Ara turut menjelaskan bahawa meskipun ramai yang kagum dengan pencapaiannya mengambil IGCSE pada usia muda, dia masih belum bersedia untuk menyambung pengajian ke luar negara tanpa kehadiran ibu bapa.

“Ramai yang kata saya masih muda untuk ambil IGCSE. Tapi buat masa ini, saya belum bersedia ke luar negara sendirian. Saya akan tunggu sehingga peringkat ijazah nanti,” jelasnya.

Keputusan Ara menarik diri demi memberi fokus kepada pelajaran mendapat reaksi positif daripada warganet. Rata-rata memuji tindakan remaja itu yang disifatkan sebagai matang dan berwawasan.

“Bijak dan berwawasan. 14 tahun dah ambil IGCSE, bukan calang-calang. Fokus pada pelajaran dulu. Rezeki seni tak akan ke mana-mana,” komen pengguna media sosial.

Ara sebelum ini pernah menyatakan minatnya untuk menyambung pengajian dalam bidang psikologi sebaik sahaja tamat persekolahan. Menurutnya, bidang itu diminati sejak kecil kerana tertarik dengan cara otak manusia berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi emosi serta tingkah laku seseorang.

Sebagai makluman, IGCSE merupakan sistem pendidikan antarabangsa yang diiktiraf secara global, diselia oleh institusi seperti Cambridge International, Edexcel dan OxfordAQA. Ia setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar boleh menyambung ke peringkat A-Level, International Baccalaureate (IB) atau Foundation selepas tamat IGCSE.

Baca juga: Produk Terlalu Tahan Lama & Bagus, Punca Jenama Ini Berada Di Ambang Muflis?

Sumber: Sinar Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×