Perkongsian seorang isteri jaga suami yang terlantar di hospital menarik perhatian warganet kerana ramai yang memuji kekuatan dirinya.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, dapat dilihat seorang isteri yang berada di sisi suaminya ketika berada di Rehab Perkeso Melaka.
Baca juga: Bayi Kedua Disahkan Hidap Kanser Mata Jenis C, Ibu Mohon Orang Ramai Doakan Aeesha Yumna
ISTERI JAGA SUAMI TERLANTAR DI HOPSITAL RAIH PERHATIAN RAMAI

Dapat dilihat bahawa Wawa sedang memberi semangat kepada suaminya supaya dapat mencapai pemegang tangan yang disediakan di berhampiran katil tersebut.
“Macam mana Allah izinkan awak datang ke sini, macam itu juga la saya harap Allah izinkan awak sembuh dekat sini. Doakan suami saya diberi kekuatan dalaman dia, diberi semangat yang tak akan mengalah dan diberi kesihatan yang baik.
“Baru hari ke-5 ade dekat Rehab Perkeso Melaka nie. Masih panjang lagi perjalanan kami. Semoga Allah lindung dan jaga keluarga kami yang kami tinggalkan,” luahnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke video lain, si isteri ada memuat naik detik anak lelakinya bernama Aidan yang turut berada di Rehab Perkeso itu untuk memberi semangat kepada ayahnya.
Menerusi ruangan komen, Wawa menjelaskan bahawa suami tersayangnya terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya yang menimpa dirinya.
Video yang dimuat naik itu pastinya dibanjiri komen warganet yang mendoakan agar Wawa diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini selain berharap suami kepada wanitu itu dikurniakan kesembuhan.
‘Puan kena jaga dia sampai akhir hayat dan jangan putus asa ya. Semoga kedua-duanya diberikan kesihatan yang berpanjang oleh Allah SWT,” komen pengguna media sosial.
Baca juga: Pelajar Lelaki Meninggal Dunia Selepas Merentas Desa, Rebah Di Garisan Penamat…
Sumber: TikTok Wawa Arabella
