Euforia Bola 2026
Percutian

Ketibaan Pelancong China Ke Malaysia MENINGKAT Sebanyak 130.9%, Netizen Dah Mula ‘Risau’…

pelancong china

Sebelum ini, satu dunia dikejutkan dengan kehadiran dan penularan wabak Covid-19 yang ‘melumpuhkan’ hampir semua sistem sedunia. Ternyata, virus itu dikatakan bermula dari kemasukan pelancong China yang padat ke dalam negara Malaysia pada ketika itu.

Setelah beberapa tahun pulih dari penularan wabak itu, China yang merupakan salah sebuah negara kuasa besar dunia kembali pulih dan membina hubungan kukuh dengan Malaysia. Hal ini boleh dilihat apabila terdapat peningkatan dari segi sektor perlancongan dua hala.

Baca juga: Hidup Tanpa Hiburan, Ini 7 Bandar Dikatakan Paling BOSAN Di Malaysia Yang Anda Kena Tahu!

KETIBAAN PELANCONG CHINA MENINGKAT, NETIZEN ‘RISAU’

pelancong china

Foto hiasan.

Ketibaan pelancong dari China ke Malaysia meningkat kepada 3,725,894 pada 2024, dengan peningkatan memberangsangkan sebanyak 130.9 peratus tahun ke tahun, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Peningkatan ini, didorong oleh kesinambungan dasar bebas visa untuk warga China sehingga Disember 2026 dan peningkatan kesalinghubungan udara, dijangka mempercepat pertumbuhan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan kementerian itu pada Ahad.

Menurut laporan Sinar Harian, selari dengan membina pertumbuhan kukuh ini, China Eastern Airlines melancarkan penerbangan sulungnya yang menghubungkan Xi’an, ibu kota Wilayah Shaanxi di barat laut China, ke Kuala Lumpur, melalui bandar raya Kunming di barat daya China, pada Ahad.

“Xi’an berfungsi sebagai hab bandar yang penting di barat laut China, menyaksikan pertumbuhan penduduk yang pesat, terutamanya dalam kalangan keluarga kelas menengah dengan peningkatan pendapatan boleh guna. Demografi ini berkemungkinan mempunyai sumber untuk melancong ke luar negara yang menjadikan mereka antara sasaran utama untuk kempen pelancongan,” menurut kenyataan itu.

Berbeza pula dengan komen yang ditinggalkan oleh para netizen apabila ramai dalam kalangan mereka ‘kurang gembira’ dengan peningkatan pelancong dari negara ini. Menggamit memori pahit Covid-19 pada tahun 2020, netizen risau bahawa penularan wabak sebegini akan berlaku lagi kerana berita terbaharu mengatakan di China sekarang ini popular dengan wabak seakan-akan Covid-19.

*Diharapkan jumlah pelancong China yang tiba di Malaysia untuk melancong akan pulang semula ke negara mereka dalam tempoh yang sudah ditetapkan. Bukan itu sahaja, pastikan negara kita juga bebas dari penularan wabak mengancam nyawa dengan melakukan saringan kesihatan seperti yang telah ditetapkan.

Baca juga: Ini 5 Pilihan Warna Tudung Yang Betul Untuk IC Baharu…Jelas, Cantik & Kepala Tak ‘Hilang’!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×