Euforia Bola 2026
Famili

7 Tahun Tunggu Zuriat, Hud Aryan Satu-Satunya Anak Tunggal.. “Kami Sekeluarga Tak Putus Berdoa”

KES BUDAK HILANG

Kes budak hilang mengenai Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, ternyata merupakan anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah dan suaminya, Mohd Hafifi Saidi.

Selepas menantikan zuriat selama tujuh tahun, mereka akhirnya dikurniakan anak lelaki. Difahamkan, si ibu sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak lima kali.

Baca juga: Budak Lelaki 19 Bulan Tiba-Tiba Hilang Sejak Malam Tadi, Pintu Pagar Rumah Terbuka…

KES BUDAK HILANG: HUD ARYAN ANAK TUNGGAL SELEPAS 7 TAHUN PENANTIAN

KES BUDAK HILANG

Sehingga hari ini, mereka sekeluarga sentiasa berdoa kepada Allah SWT Hud Aryan cepat ditemui selain mengadakan solat sunat hajat.

Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan itu dipercayai masih selamat dan berada di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini.

Azean Irdawaty berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh beberapa orang ustaz yang datang ke rumah untuk membantu operasi mencari kanak-kanak berkenaan.

“Kesemua ustaz memberitahu perkara yang sama iaitu Hud Aryan selamat dan berada di belakang rumah ibu kami. Kawasan kediaman kami terletak berhampian hutan tebal serta kebun getah,” jelasnya.

Setelah selesai menyuapkan makanan kepada Hud Aryan, ibu bangun ke dapur untuk mencuci tangan dan pinggan. Kemudian, ibu saudara datang ke rumah dan dikatakan Azean terlupa untuk menutup pintu hadapan.

Kehilangan bayi lelaki berusia 19 bulan pastinya membuatkan seluruh ahli keluarga resah terutama ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadaan selamat.

Baca juga: Peguam Dedah Kisah Sebenar Pergaduhan Antara Ibu & Cikgu, Rupanya Ada ‘Plot Twist’?

Sumber: Sinar Harian & Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×