Bihun Sup Utara merupakan hidangan bihun berwarna kuning terang yang dipadankan bersama sup yang panas. Di mana, terdapat satu bahan menarik yang digunakan untuk memiliki warna tersebut.
Selain itu, mempunyai tekstur bihun yang tidak putus dan tidak terlalu lembik juga penting untuk mencapai kepuasan ketika ia dinikmati. Justeru itu, ikuti perkongsian tips celur bihun dengan teknik yang betul seperti dikongsikan Eny Abdullah di bawah.
Baca juga: Berbaloi Tahan 6 Bulan Simpan Lauk ‘Frozen’ Dalam Aluminium, Tapi Bila Panaskan Kena Buat Macam Ini!
CELUR BIHUN SUP UTARA TANPA PUTUS & KUNING KEEMASAN

Baca juga: Puding Ocean Blue, Pencuci Mulut Menarik & Unik Bila Makan Macam Berada Di Dasar Laut!
Baca juga: Tips Masak Suhun Tak Kembang & Serap Kuah, Baru Puas Nak Menghirup!
Bahan-bahan:
- Sepaket bihun (Bihun Siam Faiza)
- Serbuk kunyit
- 2 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan:

- Bihun rendam dalam air biasa selama 5 minit.
- Boleh masukkan serbuk kunyit ke dalam air rebusan untuk warna kekuningan seperti Bihun Sup Utara.
- Kemudian, toskan.
- Masukkan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan.
- Biarkan air betul-betul mendidih.
- Bila dah mendidih tutup api.
- Terus masukkan bihun yang telah direndam selama 3-5 minit.
- Periksa bihun dengan merasa sedikit untuk tahu kemasakannya.
- Dah rasa lembut dan tak liat, boleh angkat masuk dalam penapis.
Siap! Bolehlah menikmati pelbagai hidangan bihun bersama keluarga atau tetamu di rumah.
P/s: Jika anda suka warna bihun yang lebih pekat kuningnya, boleh tambahkan lagi serbuk kunyit di langkah kedua.

Baca juga: Resipi Sambal Asam Rong Guna Biji Getah, Ramai Tak Sangka Boleh Makan!
Sumber: Resepi Eny Abdullah
FT Image: Zaini Talib
