Mengetahui cara celur bihun, mi kuning dan kuetiau dengan betul adalah penting terutamanya bagi anda yang pertama kali ingin cuba memasak.
Teknik salah ketika celur bahan masakan pastinya boleh mengakibatkan anda kecewa kerana tidak seperti yang disangka. Jadi, ketahui cara betul di bawah ini.
Baca juga: Penjual Dedah Harga Kek Lapis Cecah Sampai RM1700, Barang ‘Premium’ & Buat R&D Sampai 17 Kali
CARA CELUR BIHUN, MEE, KUETIAU DENGAN BETUL

Freepik
Cara celur bihun
Pertama sekali adalah cara celur bihun untuk mendapatkan hasil yang nampak cantik dan tak putus:
– Rendam bihun dengan air paip selama 20 minit atau lebih
– Kemudian, masak air sehingga mendidih dan tutup api.
– Masukkan bihun yang direndam tadi ke dalam air mendidih.
– Biar sekejap sehingga kembang selama 5 minit atau kurang.
– Toskan dan lalukan di bawah air paip dan sedia untuk dimasak.
Cara celur mee kuning
Seterusnya, cara celur mi kuning agar tidak terlajak lembik adalah seperti di bawah:
– Bilas mee kuning di bawah air mengalir untuk menghilangkan minyak dan bau alkali. Ini juga membantu mengelakkan mee melekat.
– Selanjutnya, didihkan air dalam periuk.
– Masukkan mi kuning ke dalam air mendidih selama 30 saat sahaja. Jangan biarkan terlalu lama.
– Setelah dicelur, tapis mee dan bilas dengan air sejuk atau air berais.
– Toskan sehingga kering dan gaulkan dengan sedikit minyak masak sebelum sedia untuk digoreng.
Cara celur kuetiau
Bagi anda yang sering gagal ketika mencelur kuey teow, di bawah ini penulis kongsikan caranya:
– Jangan basuh lama-lama dan toskan kering-kering.
– Basuh pakai air paip. Jangan guna air panas.
– Bila goreng kuetiau, lebihkan sedikit minyak masak.
– Jangan lebihkan air semasa menggoreng kuey teow kerana akan mudah lembik dan hancur.
– Anda hanya perlu lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos tomato.
Itu sahaja cara celur bihun, mee kuning dan kuey teow untuk mengelakkan terlajak lembik.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat
Sumber: Facebook Raniah dan Dayyan, CNN Indonesia,
