Euforia Bola 2026
Famili

Pokok Tumbang Hempap Kereta, Anak 13 Tahun Terselamat Namun Bapa Maut!

pokok tumbang

Insiden ngeri pokok tumbang menghempap kereta sering sahaja berlaku tanpa diduga. Lebih menyayat hati, apabila kereta yang dihempap mempunyai penumpang di dalamnya sehingga kebanyakan mangsa meninggal dunia.

Seperti kejadian terbaru yang berlaku semalam, mangsa yang terlibat adalah seorang bapa dan anaknya.

Baca juga: Warganet Terkejut Bila KL Tersenarai Bandar Paling Bahaya Di Asia, Makin Tak Yakin Keluar Seorang!

POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA

pokok tumbang

Gambar: Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dalam kejadian di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda di Klang pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya terselamat selepas kereta dinaiki dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Azhehari Ansar tersepit di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan dikejarkan ke lokasi.

“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi pada jam 6.37 petang dan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Mercedes.

“Terdapat dua mangsa dalam kenderaan berkenaan iaitu seorang lelaki berumur 46 tahun dan anak perempuannya yang berumur 13 tahun,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Baca juga: Bayi Kongsi Tarikh Lahir Sama Maryam, Pasangan ‘Durian Kimchi’ Selamat Timang Anak Kedua!

Katanya, mangsa lelaki terbabit didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba segera menjalankan kerja-kerja memotong pokok serta mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.12 malam namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya.

Menurutnya, anak perempuan mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

Baca juga: Murid Retak Di Belakang Kepala, Akibat Dilanggar Kereta Di Hadapan Sekolah!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×