Euforia Bola 2026
Rakyat

Ini 5 Pilihan Warna Tudung Yang Betul Untuk IC Baharu…Jelas, Cantik & Kepala Tak ‘Hilang’!

buat ic baru

“Alamak, nak kena buat IC baru sebab yang lama dah patah. Tudung warna apa nak kena pakai eh?”

Bagi individu yang bertudung, pemilihan warna tudung memainkan peranan penting dalam memastikan gambar kad pengenalan (IC) kelihatan profesional, kemas, dan mudah dikenali. Warna tudung yang tidak sesuai boleh menyebabkan wajah kelihatan samar akibat kesan kontras dengan latar belakang. Oleh itu, kena tahu warna tudung apakah yang sesuai!

Baca juga: Rakyat Malaysia Bakal Dapat MyKad Baharu, Ini Ciri-Ciri Kad Pengenalan Yang Lebih Moden!

WARNA TUDUNG BOLEH PAKAI UNTUK BUAT IC BARU

buat ic baru

Semasa mengambil gambar untuk kad pengenalan (IC) di Malaysia, warna tudung yang dibenarkan mestilah:

1. Warna gelap atau solid – Contohnya: hitam, biru gelap, coklat gelap, maroon, ungu gelap atau warna-warna lain yang tidak terlalu cerah atau bercorak.

2. Tanpa corak atau hiasan berlebihan – Tudung mesti plain (tanpa corak) supaya wajah dapat dilihat dengan jelas.

3. Tidak terlalu berkilat atau reflektif – Warna yang terlalu cerah atau berkilat boleh mengganggu pencahayaan dalam gambar.

#Elakkan warna terlalu terang atau sama dengan latar belakang – Warna seperti putih, kelabu cerah, atau biru cerah mungkin menyebabkan tudung ‘hilang’ dalam gambar kerana latar belakang biasanya biru atau putih.

Untuk menukar gambar dalam kad pengenalan (IC) di Malaysia, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Sediakan dokumen yang diperlukan

– Kad Pengenalan asal (MyKad/MyPR/MyKAS)
– Gambar baru (biasanya diambil di kaunter JPN)
– Bayaran (bergantung pada kategori dan sebab pertukaran)

2. Pergi ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN berhampiran. Pastikan pejabat tersebut menyediakan perkhidmatan penggantian gambar IC.

3. Ambil Nombor Giliran & Tunggu Panggilan

Apabila nombor giliran anda dipanggil, maklumkan kepada pegawai bahawa anda ingin menukar gambar dalam IC.

4. Ambil Gambar Baru di JPN

Biasanya, JPN akan mengambil gambar baru di kaunter. Pastikan anda berpakaian kemas dan menggunakan tudung warna gelap (jika bertudung) seperti yang dinyatakan di atas.

5. Bayar Caj yang Dikenakan

Bayaran untuk penukaran gambar sahaja biasanya sekitar RM10, tetapi boleh berbeza bergantung pada kategori pemohon.

6. Terima Resit & Tunggu IC Baru Siap

Anda akan diberikan resit pengambilan IC dan perlu menunggu lebih kurang 30 minit hingga 1 jam untuk IC siap (bergantung kepada lokasi & kesesakan).

Jika anda ingin mengambilnya kemudian, anda boleh kembali ke JPN pada tarikh yang diberi.

Nota Penting:
– Hanya pemilik IC boleh membuat pertukaran gambar (tidak boleh diwakilkan).
– Pastikan wajah jelas dan tidak tertutup oleh aksesori (contoh: cermin mata besar, tudung terlalu labuh menutup dahi).
– Warna latar belakang gambar biasanya biru atau putih, bergantung pada kategori pemohon.

Jika anda ingin maklumat lebih lanjut, boleh semak di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my atau hubungi talian JPN.

@jpnppofficial YANG PENTING AMPA MESTI PAKAI WARNA GELAP…SEBAB BACKGROUND WARNA PUTIH ☺️☺️ #MalaysiaMadani #RakyatDiHatiJPN #fypシ #fypmalaysia #mykad ♬ hotel r a s p u t i n service – veggibeats

Baca juga: Cara Dapatkan Geran Kenderaan Yang Hilang Atau Rosak Guna Mesin JPJ, Tak Payah Ke Kaunter!

Sumber: Tiktok @jpnppofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×