Puding ialah sejenis makanan yang boleh jadi, sama ada pencuci mulut yang manis atau hidangan savori. Maka, tidak hairan terdapat pelbagai jenis puding yang dijual oleh para peniaga.
Justeru itu, pada kali ini penulis ingin kongsikan resipi puding menarik, unik dan lazat iaitu Puding Ocean Blue. Seperti namanya yang indah, pastinya anda akan berada seperti di dasar laut sewaktu menikmatinya. Jom belajar buat!
Baca juga: Resipi Sambal Asam Rong Guna Biji Getah, Ramai Tak Sangka Boleh Makan!
PENCUCI MULUT PUDING OCEAN BLUE

Gambar: Nur Leeyaa
Alhamdulillah menjadi Puding Ocean Blue saya. Pagi tadi tengok resipi terus buat sebab ada yang tempah.
Risau juga tercabut layer (lapisan) dia sebab pertama kali buat yang ini, syukur melekat elok.
Cuma layer agar-agar itu saya tambah 1 sudu kecil serbuk jeli untuk tambah rasa kenyal. Layer puding susu pula saya letak esen vanilla sikit dan 1 sudu m besar tepung jagung untuk kurangkan berair.
Terima kasih empunya resipi, loveee!
Baca juga: Resipi Makanan Popular Kaum India, Idli & Tose Yang Gebu Dari 1 Adunan SAHAJA!
BAHAGIAN BIRU
Bahan-bahan dan langkah penyediaan:
- 10g serbuk agar
- 300ml air laici
- 600ml air
- 1/2 cawan gula (ikut kemanisan masing-masing)
- Pewarna biru
- 1-2 sudu makan selasih (rendam dalam air panas)
- Masak kesemua bahan hingga mendidih kecuali selasih.
- Pewarna jangan banyak sangat, bagi jadi warna cair-cair sahaja.
- Buah laici carikkan kecil-kecil.
- Masukkan dalam acuan atau loyang.
- Isikan selasih yang dah rendam tadi.
- Tuang adunan biru ke dalam acuan sampai separuh sebab nanti nak tuang lapisan susu.
- Biarkan ia sejuk.
Baca juga: Tips 2 Dalam 1, Goreng Kacang Tanah Tak Hangit & Cara Mudah Kupas Telur Rebus!
Baca juga: Resipi Shell Tart Hanya Pakai 4 Bahan, Boleh Buat ‘Side Income’ Sampai Jana Ribuan Ringgit Seminggu!
BAHAGIAN SUSU
Bahan-bahan dan langkah penyediaan:
- 10g serbuk agar-agar
- 1 tin(390ml) susu cair
- 600ml air
- 3-4 sudu makan gula (kalau boleh jangan bagi manis sangat nanti tak ada rasa lemak susu)
- Masak kesemuanya hingga mendidih.
- Tuang ke atas lapisan biru yang dah sejuk dan separuh keras.
- Kalau dah keras, lorek atau cucuk sedikit dengan garfu.
Baca juga: Teknik Terbaik Merebus Guna Dapur Gas Paling Cepat & Jimat, Tak Sampai Sejam Dah Empuk!
Sumber: Nur Leeyaa
FT Image: Nur Leeyaa
