Saban hari kita mendengar kisah mengenai ibu bapa yang bertindak ganas terhadap anak-anak. Memukul dan menampar anak di saat marah dilihat sangat mudah tanpa memikirkan kesan di sebaliknya. Seperti kes terbaharu berlaku, apabila seorang ibu tergamak menyimbah air panas dekat anak kandung!
Lebih mengejutkan dan membuatkan orang ramai marah adalah, perbuatan menyimbah air tersebut hanya kerana anaknya terkencing di atas tilam.
Baca juga: Padah ‘Lempang’ Anak Sampai Cedera Kena Bucu Kerusi Di Pasar Raya, Wanita Direman Polis 6 Hari
IBU SIMBAH AIR PANAS SEBAB ANAK KENCING TILAM

Foto: Freepik
Kejadian ini berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di Jakarta. Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Komisioner Pol Christian Tobing berkata, berdasarkan insiden penderaan mangsa mengalami kecederaan serius dan dirawat di hospital, sementara pelakunya telah ditahan pihak polis.
“Mangsa dipercayai terkencing di atas tilam, lantaran itu pelaku menjadi marah,” kata polis.
Tergamak sungguh seorang ibu apabila dia menyimbah air panas ke kepala dan muka serta belakang mangsa sebanyak dua kali. Oleh kerana kepanasan, mangsa semakin menjerit dan menangis kesakitan.
Tidak hanya dengan itu sahaja, pelaku bertambah marah lantas menuang lagi air yang mendidih selain memukul belakang dan tangan anaknya menggunakan penyapu lantai keluli sehingga bengkok gara-gara mangsa menangis.
Ujarnya, kes ini kini dikendalikan oleh Unit Perlindungan Perempuan dan Anak Bahagian Siasatan Jenayah Polis Sidoarjo.
Atas perbuatannya, pelaku terjerat hukuman mengikut Pasal 80 ayat (2) dan/atau ayat (4) Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 35 Tahun 2014 tentang Perubahan Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.
*Sampai begitu sekali kejamnya perbuatan ibu yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak-anak…
Baca juga: Bayi Menangis 1 Jam Ketika Sleep Training, Ibu Sangka Senyap Tanda Berjaya Rupanya Dah ‘Pergi’
Sumber: Freepik (foto), Sinar Harian
