Euforia Bola 2026
Asuh

Maskot Bumblebee & Optimus Prime ‘Mendarat’ Di Sekolah Sambut Murid Tahun 1, Hilang Gementar!

sesi persekolahan 2025

Nampaknya sesi persekolahan 2025 telah bermula pada 17 Februari (Kedah, Kelantan, Terengganu) dan hari ini 18 Februari (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Pelbagai ragam yang dapat dilihat seperti suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai, meriah apabila murid-murid yang hadir disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.

Baca juga: Siap Sedia Dari Segi Akademik, Mental & Fizikal Untuk Anak Masuk Darjah 1.. Elak Insiden ‘Terkucil’

SESI PERSEKOLAHAN 2025 BERMULA, SEKOLAH BAWA MASKOT!

sesi persekolahan 2025

Foto: Sinar Harian

Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka khususnya untuk sesi persekolahan pertama tahun ini. Memang teruja murid-murid sekolah semua!

Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman ketika ditemui Sinar Harian, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1. Oleh itu, pihak sekolah ingin melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh membuatkan mereka teruja dan gembira untuk memulakan perjalanan baharu ini,

“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah.

Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026. Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.

@sinarharianonlineBumblebee, Optimus Prime hilangkan gementar murid Tahun 1 SK Kuala Perai Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular dari siri filem Transformers, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli. #SinarHarian #60saat #sekolah #tahun1 #sesipersekolahan

♬ original sound – Sinar Harian

*Memang seronok tak terkiralah jawabnya bila sampai sekolah di pagi hari, disambut oleh karakter fiksyen yang mega sebegini!

Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×