Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini ada mengumumkan bahawa kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan untuk menyertai musim haji 2025 ke tanah suci.
Menurut laporan Azernews, keputusan ini dibuat untuk memastikan keselamatan kanak-kanak kerana kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji akan berlaku.
Baca juga: Langkah Demi Langkah Cara Pakai Kain Ihram Untuk Ibadah Haji Dan Umrah, Siap Ada Gambar!
KANAK-KANAK DILARANG MENYERTAI MUSIM HAJI 2025

Kredit: Arab News
“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” jelasnya.
Sebagai tambahan kepada langkah ini, kementerian turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jemaah haji.
Ini termasuk dengan kempen tingkatkan kesedaran tentang langkah keselamatan, pengenalan sistem pintar yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan para jemaah haji melaksanakan ibadah.
Kementerian juga mengesahkan, seperti tahun-tahun sebelumnya, keutamaan musim haji akan diberikan kepada mereka yang masih belum menunaikan haji.
Selain itu, kementerian turut mengumumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.
Walau bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, keputusan ini tidak memberi kesan kepada jemaah Malaysia.
Hal ini kerana Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan syarat umur minimum bagi jemaah tanah air yang layak menunaikan ibadat haji adalah mesti berusia 15 tahun.
“Jika kita lihat pengumuman kerajaan Arab Saudi, larangan itu untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Dalam konteks kita (Malaysia) TH meletakkan umur bagi menunaikan ibadat haji adalah umur baligh iaitu 15 tahun,” jelasnya.
Arau Saudi sebelum ini turut mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji. Bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal.
Perubahan ini dilakukan untuk mengurangkan amalan menunaikan Haji tanpa kebenaran yang sah.
Baca juga: Dividen KWSP 2024 Dijangka Paling Tinggi Tahun Ini, Lebih 5.8% Untuk Simpanan Konvensional
Sumber: Azernews
Kredit imej: Arab News
