Semalam kita dikejutkan dengan berita menyayat hati bahawa anak Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, telah meninggal dunia.
Bayi berusia enam bulan ini merupakan anak bongsu mereka dan dilaporkan pergi pada kira-kira jam 1 petang Selasa, 11 Februari 2025.
Baca juga: Anak Bongsu Ayu Raudhah & Zaquan Adha Usia 6 Bulan Meninggal Dunia
ANAK AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA SELAMAT DIKEBUMIKAN…

Tangkap layar Buletin TV3.
Menurut laporan, Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur dan kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang, apabila Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya dalam keadaan tidak sedar.
Dalam satu laporan Buletin TV3 tengah malam semalam, suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau apabila ahli keluarga dan rakan terdekat, termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, hadir memberi sokongan moral kepada Zaquan dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah.
“Terima kasih atas sokongan, cuma beri masa kepada saya dan isteri. InsyaAllah, jenazah akan dikebumikan 9 atau 10 pagi esok (hari ini) di Makam Tuan Haji Said, Seremban,” luah Zaquan Adha dalam nada sebak.
Terbaharu, jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi tadi. Ternyata, ini merupakan pandangan dan ciuman terakhir diberikan oleh Zaquan Adha kepada anak syurganya itu.
Takziah buat bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha, memberi pandangan dan ciuman terakhir kepada arwah anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees
Al Fatihah@ASTROARENA pic.twitter.com/RRhG14T2U7
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) February 12, 2025
*Salam takziah diucapkan…
Sumber: Buletin TV3, X @kamalnizamm
