Ini merupakan salah satu berita mengejutkan dan menyayat hati, anak bongsu kepada pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, telah meninggal dunia.
Bayi berusia enam bulan ini dilaporkan pergi pada kira-kira jam 1 petang Selasa, 11 Februari 2025.
ANAK BONGSU AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA MENINGGAL DUNIA

Tangkap layar Instagram.
Berita duka itu dikongsikan sendiri Zaquan Adha menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat dengan dugaan ini,” ujarnya.
Sementara itu menurut laporan Sinar Harian, kakak Ayu Raudhah yang juga pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan ketika dihubungi memaklumkan, Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur.
Menurut pelakon yang mesra disapa Che Ta, kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang tadi, apabila Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya dalam keadaan tidak sedar.
“Anaknya meninggal dalam tidur. Sekarang jenazah masih berada di Jabatan Forensik Hospital Rembau.Harap dapat dikebumikan malam ini juga,” ujarnya.
Tambah Che Ta, pemergian Aisy Al Rees sememangnya amat memberi kesan kepada seluruh keluarga dan dia sendiri mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan anak-anak saudaranya.
“Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya. Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat,” katanya.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Foto Instagram.
*Salam takziah diucapkan dan semoga ketemu di syurga yang abadi kelak..Aamin…
Baca juga: Panik Anak Ada Kahak, Datin Intan Najuwa ‘Berdesup’ Bawa Imane Lunara Ke Wad Kecemasan!
Sumber: Sinar Harian, Instagram @zaqone_08
