Euforia Bola 2026
Asuh

[VIDEO] Pakar Ajar Teknik Betul Selamatkan Bayi Tercekik, Papa & Mama WAJIB Belajar Ilmu Asas Pertolongan Cemas Ini!

bayi tercekik

Setiap tahun, kes bayi tercekik atau tersedak susu dan makanan sering dilaporkan. Ia biasanya berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan ibu bapa panik dan tidak sempat berbuat apa-apa.

Dalam keadaan begini, ilmu pertolongan cemas yang betul dan tindakan segera amat penting untuk menyelamatkan nyawa si kecil.

Baca juga: Bermain Seorang Diri Atau Berinteraksi Dengan Orang, Yang Mana Lebih Baik Untuk Anak Kecil?

TEKNIK BETUL BAGI BANTUAN KECEMASAN PADA BAYI TERCEKIK

bayi tercekik

Jangan panik, bertindak dengan betul!

Baru-baru ini, satu perkongsian di TikTok menarik perhatian ramai apabila Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muallim, Kapt. (PA) Shahrizal Hussin, menunjukkan cara yang betul membantu bayi yang tercekik atau tersedak.

Melalui demonstrasi menggunakan patung bayi sebagai contoh, beliau menerangkan posisi tangan yang tepat serta kaedah memberi hentakan lembut di bahagian belakang dan dada bayi bagi membantu mengeluarkan objek yang menghalang saluran pernafasan.

Baca juga: Ibu Ayah Pening Anak Dah Masuk ‘Terrible Two’, Fahami Apa Sikap Yang Normal & Patut Risau!

Demonstrasi tersebut bukan sahaja jelas dan mudah difahami, malah mendapat pujian ramai ibu bapa serta penjaga bayi yang menonton video berkenaan.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi positif:

“Anak saya pernah tercekik tulang. Saya buat cara macam inilah. Nasib saya bukan jenis kalut. Memang keluar tulang tu.”

“Cikgu yang baik ajarlah benda ini kat semua sekolah sebab kan ada kes tercekik dekat sekolah.”

“Semua kita wajib belajar ini, terutama ibu bapa,” antara komen positif yang ditinggalkan warga maya.

Situasi seperti ini boleh mengancam nyawa dalam masa beberapa saat sahaja. Justeru, perkongsian ilmu asas pertolongan cemas sebegini amat penting, bukan sahaja untuk ibu bapa tetapi juga penjaga dan guru di sekolah.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan berguna dan membantu menyelamatkan nyawa bayi dalam situasi kecemasan.

VIDEO PENUH

@aaronaaqifaayra

Jika bayi tercekik/tersedak? Uniform No. 2. #apmmuallim #choking #kerjahalal #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #firstresponder

♬ original sound – Kapt Shah – Kapt Shah

Baca juga: Sampai Bila Mak Ayah Nak Tanggung? Ini Waktu Bila Patut Berhenti ‘Support’ Anak Dah Kerja

Sumber: TikTok @aaronaaqifaayra

FT Image: TikTok @aaronaaqifaayra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×