Setiap lelaki dilahirkan dengan ciri-ciri yang unik, termasuklah zakar mereka. Saiz, bentuk, dan ciri-ciri zakar boleh berbeza-beza antara individu, dan variasi ini adalah sesuatu yang normal. Namun, mungkin ada dalam kalangan lelaki tertanya bagaimana ‘standard’ zakar normal itu?
Menerusi perkongsian Dr.Samhan, kita akan meneroka 6 jenis zakar yang dianggap normal, serta faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan ini.
Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli
6 JENIS ZAKAR NORMAL DALAM KALANGAN LELAKI, CHECK CEPAT!

Foto: Freepik
Berikut adalah 6 jenis zakar yang dianggap normal berdasarkan bentuk dan cirinya.
1. Zakar lurus
Ciri: Zakar jenis ini lurus ke depan ketika ereksi.
Normal: Zakar tidak semestinya 100% lurus seperti pembaris. Sedikit lengkungan tetap normal.
2. Zakar melengkung ke atas
Ciri: Zakar melengkung sedikit ke atas semasa ereksi.
Normal: Melengkung ke atas boleh membantu dalam hubungan seksual kerana memberi rangsangan tambahan kepada pasangan.
3. Zakar melengkung ke bawah
Ciri: Zakar melengkung sedikit ke bawah semasa ereksi.
Normal: Jika lengkungan tidak terlalu ketara dan tidak menyebabkan sakit, ia adalah normal. Namun, lengkungan yang keterlaluan boleh menjadi tanda penyakit Peyronie.
4. Zakar melengkung ke sisi (kiri atau kanan)
Ciri: Zakar condong sedikit ke kiri atau kanan ketika ereksi.
Normal: Kebanyakan lelaki mempunyai lengkungan kecil ke salah satu sisi, dan ia biasanya tidak menjejaskan fungsi.
5. Zakar besar di pangkal, kecil di hujung
Ciri: Pangkal zakar lebih lebar berbanding hujungnya.
Normal: Ini adalah variasi bentuk zakar yang biasa dan tidak menjejaskan fungsi seksual.
6. Zakar nipis dan panjang
Ciri: Zakar kelihatan lebih panjang tetapi lebih nipis berbanding biasa.
Normal: Saiz dan ketebalan zakar tidak menentukan kepuasan seksual, tetapi teknik dan komunikasi lebih penting.
*Jika zakar mengalami perubahan bentuk secara mendadak, rasa sakit, atau lengkungan yang keterlaluan sehingga menyukarkan hubungan seksual, segera berjumpa doktor kerana ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan seperti Peyronie atau trauma pada zakar.
Baca juga: Bercakap Ketika Bersetubuh Dengan Pasangan, Benarkah Makruh Dalam Islam?
Sumber: X @DrSamhan
