Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Berang Kereta Kena Langgar, Terus Tolak Kepala Pakcik Sampai Kopiah Tercampak!

kemalangan jalan raya

Baru-baru ini tular di media sosial tindakan seorang wanita ketika kemalangan jalan raya di mana membuatkan rata-rata rakyat Malaysia berang dengannya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat wanita berkenaan telah menolak dengan kasar lelaki warga emas yang merupakan seorang pemandu teksi.

Baca juga: Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis Selepas Saksi Dedahkan Gambar Bedah Siasat Anak

WANITA TOLAK KEPALA PAKCIK KETIKA KEMALANGAN JALAN RAYA

KEMALANGAN JALAN RAYA

Lebih mengejutkan apabila tindakan wanita itu menyebabkan kopiah pakcik berkenaan jatuh ke atas jalan raya. Pemandu teksi memakai baju berwarna putih itu kemudian tunduk, mengambil kopiahnya semula

Video berdurasi 18 saat itu memaparkan kemalangan jalan raya yang berlaku antara kereta Proton Saga berwarna putih dan teksi berwarna biru di bahagian lorong kanan.

Berdasarkan koordinat di dashcam yang tular itu, kemalangan jalan raya ini berlaku berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Putrajaya.

Wanita yang berpakaian berwarna coklat itu dapat dilihat tidak mampu mengawal emosinya sehingga menolak pakcik tersebut dengan kuat.

Tindakannya itu sudah pasti menerima kecaman luar biasa daripada warganet kerana mereka beranggapan dia tidak menghormati orang tua.

“Baru pakai kereta macam ini tapi dah biadab. Tak kisah siapa yang salah tapi bila dah main kepala ini, memang melampau. Tak reti bertenang dan hormat orang ke?

“Kalau marah sekali pun, jangan naik tangan dekat orang tua,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Dividen KWSP 2024 Dijangka Paling Tinggi Tahun Ini, Lebih 5.8% Untuk Simpanan Konvensional

Sumber: Facebook Kongsi Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×