Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis laksa yang berbeza-beza mengikut negeri dengan rasa, bahan dan keunikan tersendiri. Kepelbagaian ini menjadikan laksa bukan sekadar makanan, tetapi sebahagian daripada warisan budaya yang terus dihargai dari generasi ke generasi.
Jadi, di bawah ini penulis kongsikan 9 jenis laksa yang ada di Malaysia dan pastinya popular kerana setiap jenis laksa ini mempunyai ciri khas. Jom kita lihat satu persatu!
Baca juga: Teknik Betul Celur Bihun, Mi Kuning & Kuetiau, Barulah Masakan Tak Terlajak Lembik
JENIS LAKSA YANG ADA DI MALAYSIA, MANA SATU SEDAP?
1. Laksam

Kredit: Ajinomoto
Jenis laksa popular di Malaysia yang pertama adalah laksam dan ia merupakan salah satu hidangan popular di Pantai Timur.
Gabungan kuah putih berasaskan ikan, santan, mi beras tebal yang digulung dan makan bersama ulam-ulaman serta sambal membuatkan laksam diminati ramai.
2. Nyonya asam laksa

Kredit: TheKitchn.
Selanjutnya, nyonya asam laksa merupakan menu berasal dari masakan Peranakan yang mempunyai rasa pedas, masam, dan manis.
Kuah istimewa nyonya asam laksa ini diperbuat daripada gabungan ikan kembung, asam jawa, serai, belacan, dan santan.
3. Laksa Pangkor

Kredit: Sue M Arukin
Bagi anda yang belum tahu, laksa Pangkor merupakan hidangan unik kerana tidak menggunakan laksa tetapi menggunakan mi kuning atau spageti.
Selain kuahnya yang pekat, laksa ini dipadankan dengan sambal yang menggunakan belacan selain sup ikan kembung untuk pembuka selera.
4. Laksa kari

Kredit: Shira Abdul Majid
Jenis laksa di Malaysia yang popular seterusnya adalah laksa kari. Hidangan ini mempunyai peminat tersendiri terutamanya mereka yang tinggal di Pulau Pinang dan Perak.
Laksa kari ini menggunakan mi atau bihun yang disajikan bersama kuah kari pekat, ayam atau udang, taugeh, telur rebus dan sambal merah.
5. Laksa Sarawak

Kredit: Wanie Mahat
Laksa Sarawak merupakan hidangan berasaskan sup udang dan ayam yang dimasak dengan santan serta beberapa ramuan lain seperti belacan, asam jawa dan rempah pilihan.
Sup tersebut akan dihidangkan bersama mi bihun, taugeh, ayam suwir, udang rebus, dan telur dadar yang dihiris nipis untuk menaikkan lagi keenakan juadah tersebut.
6. Laksa Kedah

Kredit: Che Ros
Jenis laksa di Malaysia yang diminati ramai sudah pastinya laksa Kedah kerana kuah yang pekat berasaskan ikan kembung atau selayang, asam jawa dan cili merah.
Selain boleh menikmati laksa Kedah bersama otak udang, anda juga boleh padankannya bersama cucur goreng. Rugi kalau tak pernah cuba!
7. Asam laksa Penang

Kredit: Kompas
Asam laksa Penang pastinya jenis laksa yang terkenal dengan keunikan mi laksa tebal dihidangkan bersama hirisan timun, bawang, cili, nanas, bunga kantan, dan pes udang.
8. Laksa Johor

Kredit: Noor Faezah
Laksa Johor ini menggunakan spageti sebagai pengganti mi laksa. Kuahnya berasaskan ikan parang atau ikan tenggiri, dicampur dengan santan, rempah, dan kacang tanah, menghasilkan rasa yang pekat dan berempah.
9. Laksa Kuala Kangsar

Kredit: NSTP
Jenis laksa yang terakhir sekali adalah laksa Kuala Kangsar di mana ia hampir menyerupai laksa utara, tetapi kuahnya lebih cair dan ringkas.
Jadi, yang mana satu laksa kegemaran anda?
Baca juga: Penjual Dedah Harga Kek Lapis Cecah Sampai RM1700, Barang ‘Premium’ & Buat R&D Sampai 17 Kali
Sumber: Universiti Teknologi Malaysia & Waktu Ai
