Setelah mengharungi peperiksaan besar dalam sesi persekolahan, kini tiba masanya untuk menentukan hala tuju akademik masa hadapan. Jadi, mak ayah dan anak-anak semua kena tahu cara mohon UPU Online kerana permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dibuka mulai 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025!
Manakala, pada 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025 adalah bagi permohonan Fasa Kedua. Jom kita baca maklumat lanjut!
Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan
MOHON UPU ONLINE BAGI KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2025/2026

Foto: Freepik
Permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka pada permohonan Fasa Kedua.
Diingatkan juga, pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 9 Februari 2025 dengan harga RM10.60 sebelum mengemukakan permohonan. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.
Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT seluruh negara.
FASA 1 : Lepasan SPM & STPM/Setaraf- 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
FASA 2 : Program Pengajian yang tidak bertemu duga & atau ujian- 14 April 2025 – 18 Mei 2025
KATEGORI PEMOHON LEPASAN SPM
1.Sijil / Asasi. Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT):
-Kategori A : SPM 2024 (Tahun Semasa)
-Kategori B: SPM 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa)
2.KATEGORI PEMOHON LEPASAN STPM / SETARAF – Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA)
-STPM 2024
Kategori A – Aliran Sastera
Kategori S – Aliran Sains
-Matrikulasi / Asasi
Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM & Asasi UiTM
Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
Kategori U – Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM
Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
Kategori J – Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM
Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial UM
Kategori V – Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik
– STAM 2024/2023
Kategori T
-Diploma / Setaraf
Kategori E – Kelayakan Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma
Kategori F – Kelayakan setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM*, Matrikulasi*, STAM*, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (*Bukan tahun semasa)
Kategori G – Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti
TATACARA UNTUK MOHON UPUONLINE

Foto: upu.mohe
Untuk memulakan permohonan, calon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor ini adalah syarat wajib untuk mengakses sistem borang permohonan. Berikut adalah rumusan langkah-langkah untuk memohon UPU Online:
1.Membeli Unik ID UPUOnline: Pastikan anda memilih kategori yang betul semasa pembelian.
2.Layari Portal Rasmi UPU: Akses portal rasmi UPU di: https://upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini.
3.Periksa Syarat Kelayakan: Rujuk e-panduan UPUOnline untuk memastikan anda memenuhi syarat kelayakan program yang dipilih.
4.Kira Merit: Gunakan aplikasi di portal UPU untuk mengira merit anda. Kalkulator Merit Lepasan SPM, Kalkulator Merit Lepasan SPM/Setaraf.
5.Semak Trend Permohonan dan Laluan Kerjaya: Ini dapat membantu anda memahami peluang kerjaya selepas tamat pengajian.
6.Isi Borang Permohonan: Pastikan semua maklumat bertanda (*) diisi dengan lengkap dan tepat.
7.Buat Pilihan Program: Pilih program mengikut keutamaan anda.
8.Simpan Borang Permohonan: Tekan butang “SIMPAN” untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
9.Cetak Slip Permohonan: Simpan slip sebagai bukti bahawa permohonan telah berjaya dihantar.
*Selamat mencuba dan semoga berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan!
Baca juga: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!
Sumber: upu.mohe.gov.my
