Euforia Bola 2026
Asuh

Panik Anak Ada Kahak, Datin Intan Najuwa ‘Berdesup’ Bawa Imane Lunara Ke Wad Kecemasan!

intan najuwa

Sebagai seorang wanita yang pertama kali bergelar dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, sangat banyak perkara baharu yang perlu dipelajari. Pengalaman itu juga dilalui oleh aktres terkenal tanah air, Datin Intan Najuwa apabila anak perempuannya bernama Imane Lunara berusia 2 bulan, tidak sihat.

Terbaharu, Datin Intan Najuwa berkongsi detik cemas apabila terpaksa membawa anak sulungnya itu ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan! Adakah keadaan si kecil begitu merisaukan?

Baca juga: Bukan Mudah Guna Teknik ‘Gentle Parenting’, Uyaina Arshad Kongsi Hampir ‘Meletup’ Kalau Tak Sabar

BIMBANG ANAK ADA KAHAK, DATIN INTAN NAJUWA BAWA ANAK KE WAD KECEMASAN!

intan najuwa

Foto:Tangkap layar Instagram.

Menurut Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, dia bertindak demikian kerana pengasuh memberitahu anaknya berkemungkinan mempunyai kahak dan inilah yang telah mengundang rasa kebimbangan aktres itu.

“Ini sebenarnya apa yang berlaku, tiga hari lalu pengasuh beritahu yang Luna mungkin ada kahak sikit. Jadi, saya minta semua orang untuk bersiap sedia dan bergegas pergi ke wad kecemasan untuk periksa Luna,” katanya dalam hantaran di Insta-story.

Selepas menerima rawatan, pihak perubatan mengesahkan keadaan Imane Lunara dalam keadaan baik sahaja dan pelakon itu mengakui hanya terlalu mengikut perasaan sendiri dan ‘berdrama’ lebih.

“SORRY LUNARA..”

intan najuwa

“Saya bercakap tanpa henti di hospital dan doktor memeriksa Luna beberapa kali supaya saya boleh bertenang. Tapi korang nak tahu tak? Semuanya baik-baik sahaja, saya yang drama queen.

“Sorry Lunara, tak pasal-pasal kena angkut pergi emergency. Nak tidur pun kena kacau..kesian dia,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Intan kini kembali aktif dalam industri seni dan rutin harian. Dia juga mempunyai misi untuk menurunkan berat badan sebanyak 4 kilogram dalam masa terdekat.

“Mummy Imane Lunara sudah kembali! Berbaki 4 kilogram sahaja lagi. Korang rasa berapa berat mummy sekarang?” soalnya.

Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu. Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember 2024.

*Biasalah, pertama kali bergelar ibu memang gemuruh kan?

Baca juga: 7 Anak Pelakon Bollywood Yang Dapat Jalan Pintas Ke Dunia Populariti, Digelar ‘Nepo Babies’

Sumber: Instagram @intannajuwa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×