Pelakon popular, Datin Intan Najuwa memang dikenali dengan kehidupannya yang serba mewah. Baru melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada Disember 2024, suami Intan Najuwa, Datuk Ahmad Azraf Azman telah menyediakan tiga orang pengasuh peribadi untuknya!
Ini adalah untuk memastikan Intan Najuwa mendapat rehat yang cukup dan kesihatan selepas bersalin terjaga. Rezeki!
Baca juga: Panik Anak Ada Kahak, Datin Intan Najuwa ‘Berdesup’ Bawa Imane Lunara Ke Wad Kecemasan!
SUAMI INTAN NAJUWA ‘SIAPKAN’ 3 PENGASUH PERIBADI

Perkongsian di Insta Story.
Ramai dalam kalangan netizen sudah semestinya ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai rutin penjagaan bayinya dan Intan Najuwa pun sering berkongsi dengan menjawab pelbagai soalan dari mereka di ruangan Insta Story.
“Luna ada tiga babysitters dan mereka semua tinggal dengan kami. Seorang tolong pada sebelah siang, seorang waktu malam dan seorang lagi uruskan barang-barang Luna.
“Suami uruskan semua ini untuk pastikan saya dapat rehat yang cukup dan jaga diri sendiri,” katanya menerusi perkongsian.
Bukan sahaja pengasuh, suami kepada pelakon drama itu turut menyediakan jururawat peribadi untuk bantu memantau setiap perkembangan Intan dan Luna. Kalau sebelum ini Luna dikejarkan ke wad kecemasan hospital kerana masalah kahak, kini dia tidak perlu bergegas ke sana lagi.
“Berita baik! Tiada lagi ke emergency. Suami dapatkan jururawat persendirian untuk tengokkan Luna 24 jam.
“Lega sangat. Suami juga menempatkan vital monitor di rumah untuk jururawat check kalau Luna ada apa-apa,” tambahnya.
Untuk rekod, Intan, 28, mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023 dan majlis pernikahan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Johor. Beliau menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.
Baca juga: Bukan Mudah Guna Teknik ‘Gentle Parenting’, Uyaina Arshad Kongsi Hampir ‘Meletup’ Kalau Tak Sabar
Sumber: Instagram @intannajuwa
