Sekiranya anda sedang mencari contoh notis berhenti kerja, artikel ini memang anda perlukan. Terdapat beberapa jenis contoh surat yang boleh dijadikan panduan berdasarkan jenis tempohnya seperti notis berhenti kerja serta-merta, 24 jam dan sebulan.
Walau apa-pun alasan anda, berhentilah cara baik. Jangan keluar begitu sahaja kerana ia akan menjejaskan reputasi anda sendiri. Jadi, jika anda sudah buat keputusan muktamad jom lihat contoh di bawah.
Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!
CONTOH NOTIS BERHENTI KERJA
1. BERHENTI KERJA SERTA MERTA
Anda tidak perlu guna ayat bombastic untuk menyatakan alasan. Cukup sekadar menyatakan notis ingin berhenti kerja serta-merta. Tulis dengan ringkas dan padat.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
Tarikh : <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI <NAMA SYARIKAT>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta.
- Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana sudi memberi peluang pekerjaan di sini.
- Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>
Baca juga: Ramai Terkesima, Butang ‘Emergency’ Petrol Pam Boleh Lapor Plat Kereta Asing Guna Minyak RON95!
2. BERHENTI KERJA NOTIS 24 JAM
Anda dinasihatkan untuk menyemak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, sama ada notis 24 jam dibenarkan. Bimbang kena bayar apa-apa penalti.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
Tarikh : <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>
- Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
- Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
- Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>
Baca juga: Ambil Tahu Warna Pakaian Untuk Pasport & IC, Barulah Gambar Cun Tak Nampak Pelik!
3. BERHENTI KERJA NOTIS SEBULAN
Sama seperti notis 24 jam, anda disarankan untuk menyemak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu tentang notis berhenti kerja sebulan.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
Tarikh : <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA SEBULAN DI <NAMA SYARIKAT>
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>
- Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
- Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
- Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>
Baca juga: Nampak Bulat Sama Tapi Rupanya Bunga Tayar Ada Banyak Jenis, Jangan Salah Pilih!
Sumber: Majikan
FT Image: Freepik

