Pemberian nafkah anak selepas bercerai masih menjadi tanggungjawab bagi seorang lelaki yang bergelar bekas suami. Tanggungjawab ini perlu dipikul sehingga anak dari hasil perkahwinan tersebut mencecah usia 18 tahun atau seperti diperintahkan mahkamah.
Baru-baru ini, seorang wanita di laman Tiktok berkongsikan sebuah video yang memaparkan keperitan mempunyai seorang bekas suami yang culas memberi nafkah kepada anak. Ini merupakan situasi yang dialami oleh ramai dalam kalangan ibu tunggal apabila bekas suami lari dari tanggungjawab.
Baca juga: Bila Dah Kahwin, Suami WAJIB Utamakan Nafkah Kepada Isteri Atau Ibu Bapa Dahulu?
BERI NAFKAH ANAK SELEPAS BERCERAI HANYA RM0.03, TERGAMAKNYA HATI SI AYAH!

Pengguna TikTok dikenali sebagai @cheeksiti ini mendedahkan bagaimana bekas suaminya tergamak mengirim wang sebanyak RM0.03 (3 sen) melalui transaksi bank atas talian semata-mata untuk menyakiti hatinya yang sering mengingatkan tentang nafkah. Berdasarkan maklumat yang tertera, ia merupakan nafkah buat anak mereka yang bernama Nayla bagi bulan Disember 2024.
Lantas, ramai dalam kalangan netizen terkejut dan geram dengan tindakan yang dilakukan oleh seorang ayah dan bekas suami ini kerana tergamaknya hati bertindak sedemikian. Video yang meraih lebih 2 juta tontonan itu membuka mata orang ramai untuk turut menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal yang menjaga anak ini. Namun begitu, si ibu ini menolak secara baik dan berkata akan berusaha mencari rezeki sendiri dan perkongsian ini bukan untuk mengharapkan belas ihsan.
Antara komen netizen yang turut menitipkan semangat kepada ibu ini adalah dengan mengatakan bahawa bekas suami tersebut akan sering mengalami kesusahan tanpa dia sedari seperti duit selalu tak cukup dan akan ada kesulitan aktiviti seharian.
“Semoga bapak dia semakin kabur penglihatan, semakin rosak deria rasa lidahnya, semakin jadi pelupa, semakin tidak kedengaran telinganya… semoga tak berenang benihnya..”– netizen.
*Tergamak betul hati? Kalau di luar negara memang dah kena diheret masuk penjara dah!
@cheeksiti♬ WILDFLOWER – 𝐸𝐼𝐿𝐼𝑆𝐻♥︎
Baca juga: “Nafkah Saya Macam Mana?”- Ini Apa Si Isteri Perlu Ambil Tahu Bila Suami Meninggal Dunia
Sumber: Tiktok @cheeksiti
