Bila datang bulan sudah tentunya akan membuatkan mood wanita berubah kerana kesakitan fizikal yang dialami. Sebagai lelaki, ada beberapa perkara anda lakukan agar tidak menimbulkan kemarahan.
Dinasihatkan agar mengambil berat mengenai 3 perkara di bawah supaya mental dan fizikal pasangan anda dalam keadaan baik.
Baca juga: Jangan Tertipu! Guna Meja Berdiri Di Pejabat BAHAYA, Risiko Strok & Jantung Boleh Meningkat
HARI PERTAMA DATANG BULAN, INI YANG LELAKI KENA TAHU

Bila tiba hari pertama datang bulan, wanita bukan sahaja berdepan dengan rasa sakit fizikal tetapi emosi juga tidak menentu. Jadi, sebagai seorang lelaki anda perlu ketahui perkara ini:
1. Mood swing itu biasa
Perubahan hormon menyebabkan emosi mereka mudah berubah. Kadang-kadang mereka rasa ok, tapi sekejap lagi mungkin mudah tersinggung. Relax saja, jangan ambil hati.
2. Sakit fizikal & emosi
Kekejangan perut, sakit belakang dan letih. Semua ini buat emosi lebih sensitif. Jadi, ajak mereka rehat, tawarkan bantal panas, atau sekadar buatkan teh hangat. Kecil tapi bermakna!
3. Jangan buat lawak ‘PMS’
Elakkan komen yang boleh buat mereka rasa kecil hati. Tunjukkan yang anda memahami, bukan memperlekehkan.
Buat para lelaki di luar sana, apabila tiba hari pertama datang bulan, wanita akan menjadi lebih sensitif atau mudah tersinggung kerana tahap hormon berubah secara mendadak. Jadi, disarankan supaya sentiasa menjaga tutur kata agar tidak melukakan hati mereka.
Selain itu, kesakitan fizikal yang dialami seperti kekejangan perut dan sakit belakang membuatkan mood atau emosi wanita terganggu.
Sebagai lelaki, memahami emosi pasangan dapat membantu mengekalkan hubungan yang harmoni. Jadi, kesabaran, empati, dan sokongan memainkan peranan penting dalam memastikan mereka rasa lebih dihargai dan difahami.
Baca juga: BAHAYA Pijak Batu Refleksologi Di Taman Kalau Tak Tahu Cara, Jangan Tersilap Langkah!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
