Bukan semua orang suka makan isi dada ayam. Jadi, daripada tersimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk lebih baik proseskan ia kepada nugget ayam tempura. Lebih berbaloi dan pastinya terus rasa nak makan dada ayam, kan?
Itulah yang dilakukan oleh Che Ros, apabila ahli keluarganya juga tidak menyukai bahagian isi dada ayam. Disebabkan itu, dia berkongsikan resipi nugget ayam tempura homemade yang mudah disediakan dan lebih terjamin bersih serta halal seperti di bawah.
Baca juga: Apam Tokyo (Kuih Manja) Resipi 3 Pilihan Inti Lemak Manis, Sekali Ngap Terus Hilang!
NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE

Gambar: Che Ros
Bila mana orang dalam rumah tak makan dada ayam, so saya cuba buat Nugget Tempura Ayam.
Lepas gian nak buat biskut raya, saya tekap guna acuan biskut. Bila goreng hilang semua corak yang ditekap tadi huhuhu.
Resipi ini tiada sukatan ya.
Baca juga: Rahsia Bubur Pulut Hitam Cukup Lemak Masin & Manis, Bila Masak Kepala Santan Buat Cara Ini!
Baca juga: Sayur Masak Lemak Putih Kuah Pekat Berlemak, Cara Orang Pattani Masukkan 3 Bahan Ini!
Bahan-bahan dan cara penyediaan:

Gambar: Che Ros
- Isi ayam*
- Bawang besar*
- Bawang putih*
- Telur*
- Serbuk Hilal*
- Serbuk Maggi cukup rasa*
- Sedikit garam*
- Serbuk lada hitam*
- Sedikit air*
- Tepung jagung*
- Tepung serbaguna
- Kisar semua bahan yang bertanda *.
- Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter.
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Siap kukus, angkat dan potong mengikut cita rasa masing-masing.
- Bancuh tepung serbaguna dengan air dan jangan terlalu likat atau cair
- Celup dan goreng dalam minyak yang panas.

Gambar: Che Ros

Gambar: Che Ros
Baca juga: Resipi LAKSAM PUTIH GEBU GEBAS Yang Puas Hati Bila Makan, Perut Pun Riang ‘Bernyanyi’!
Sumber: Che Ros
FT Image: Che Ros
