Euforia Bola 2026
Percutian

Kaki ‘Travel’ Kongsi 9 Tips Melancong DIY Ke Negara-Negara Eropah, Serius Lebih Jimat!

negara-negara eropah

Negara-negara Eropah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan ramai termasuklah rakyat Malaysia. Bak kata pepatah Melayu, “jauh perjalanan luas pemandangan.”

Selain faktor cuaca empat musim, di sana juga memiliki bangunan-bangunan bersejarah dan kawasan alam semula jadi yang unik serta terpelihara. Malah, negara-negara Eropah juga terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barangan jenama mewah yang semestinya menjadi kegemaran individu yang shopaholic.

Baca juga: Bosanlah Asyik Teluk Kemang Je, Rupanya Ada Lagi 21 Pantai Cantik & Pasir Lembut Di Port Dickson!

NEGARA-NEGARA EROPAH: MELANCONG SECARA DIY

negara-negara eropah

Gambar: freepik

Namun, siapa kata kalau melancong ke destinasi idaman anda itu perlu kos yang tinggi? Sebenarnya, anda boleh melancong secara DIY sekiranya anda tahu beberapa tips seperti mana perkongsian bermanfaat yang dibuat oleh Nur Hanis Hairani di bawah ini.

Sedikit perkongsian macam mana nak travel secara DIY.

Baca juga: Tips ‘Packing’ Melancong Anak Ramai. Kemas & Teratur, 3 Beg Besar Je!

Baca juga: Terbongkar! ‘Hidden Gems’ Di Setiap 14 Negeri Yang Orang Ramai Belum Habis Teroka

1. Pilih destinasi idaman

Pilih destinasi idaman anda seperti negara di Eropah, Korea, Jepun, Vietnam dan lain-lain. Semasa memilih destinasi, anda perlu ambil kira faktor kos tiket penerbangan dan lain lain.

Contohnya, jika ke Poland kos sana murah sebab duit mereka boleh dikatakan sama dengan duit ringgit. Hotel murah, makan murah, kos lain-lain murah cuma kos tiket penerbangan agak mahal sebab dah ke Eropah.

2. Cari tiket penerbangan yang murah

Ia boleh menjadi destinasi impian anda di suatu tempat di Eropah, jadi tak kisah dari Malaysia nak turun ke lapangan terbang negara mana pun janji tiket penerbangan murah.

Tiket ke Eropah yang murah adalah bawah RM2000 seorang pergi dan balik.  Jadi, kalau dapat tiket murah terus sambar.

3. Buat kaji selidik destinasi yang bakal dituju

Bila dah ada tiket, kemudian buatlah kajian sendiri di internet seperti Facebook, Tiktok, Google, Maps dan lain-lain. Semua ini anda kena buat sendiri, ke mana anda nak pergi, apa minat anda dan sebagainya.

  • Kalau suka sejarah, pergi ke tempat-tempat peninggalan sejarah.
  • Kalau suka alam semula jadi, cari tempat alam semula jadi.
  • Kalau suka membeli-belah, cari bandar-bandar untuk pergi pusat membeli-belah.

Banyak perkongsian kawan-kawan di Facebook dan Tiktok, hanya perlu buat carian ‘keyword’ sahaja, Insha Allah jumpa. Ada juga yang siap kongsikan jadual perjalanan (itinerary) mereka, jadi anda boleh ambil dan ubah ikut kesesuaian pelan anda.

Baca juga: 7 Tips TRAVEL SOLO Buat Wanita, Perkara Do & Don’t Anda Perlu Patuh!

4. Cari maklumat perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan

Bila anda dah tahu mahu ke mana, contohnya beli tiket penerbangan yang turun di lapangan terbang Barcelona, Sepanyol. Anda berhajat pula nak melawat ke negara Itali dan Perancis. Jadi, anda boleh bergerak melancong menggunakan kereta api sahaja.

Di Eropah anda tak perlu risau tentang pengangkutan awam sebab di sana memang ‘tip-top’ dan ‘on time’.

Jika anda mahu melancong menaiki kereta api bergerak ke sana sini sekitar negara Eropah, cuma perlu beli pass travel Eurail (pass ini membolehkan anda travel percuma sekitar Eropah).

Harga lebih kurang RM2000 untuk seorang dewasa dan kanak-kanak percuma seorang. Best kan?

5. Boleh mula tempah tempat penginapan

Lepas anda dah tahu betul-betul nak ke mana, boleh mula tempah hotel dan kalau boleh pilih hotel di lokasi yang berhampiran metro / train station supaya senang nak bergerak.

Sebaiknya pilih yang ada menyediakan pembatalan percuma supaya jika ada perubahan dalam pelan anda, masih boleh membatalkan hotel tersebut.

6. Makanan

Sedia maklum, memandangkan perbezaan mata wang Ringgit Malaysia dan Euro adalah tinggi, seelok-eloknya bawa sedikit makanan dari Malaysia.  Anda boleh bawa periuk nasi yang kecil, mi segera, makanan yang telah dimasak dan lain lain.

Setidaknya jika tempat yang dilawati agak susah untuk dapat makanan halal, anda dah ada makanan yang dibawa. Di luar, kos makan bagi setiap seorang lebih kurang RM50 sekali makan. Jadi, anda boleh bajet sendiri.

Baca juga: Di Bumi Ada 8 Lokasi Matahari TIDAK TERBENAM Selama Berbulan-Bulan! Lamanya~

7. Pakaian

negara di eropah

Gambar: freepik

Seelok-eloknya anda kaji dulu suhu dan cuaca di tempat-tempat yang ingin dilawati supaya boleh sediakan pakaian yang bersesuaian.

Di Eropah, sekarang adalah musim luruh (ditulis pada 16 Oktober 2024) agak dingin dan kadang-kadang sejuk. Jadi, baju tak busuk berbau sebab kita tak berpeluh. Boleh ulang pakai pakaian tersebut jadi tak perlu bawa banyak baju.

Ingat ya, anda akan melancong menggunakan pengangkutan awam. Jadi, bawa yang berkadar sahaja sebab dalam metro / train station anda mungkin perlu angkat segala bagasi naik atau turun tangga yang tinggi-tinggi.

Kalau anda menginap di hotel atau airbnb yang ada menyediakan mesin basuh, bolehlah cuci pakaian.

8. Duit

Hanya perlu bawa sedikit wang tunai dan selainnya boleh guna kad kredit. Perlu ingat di kawasan-kawasan yang penuh pelancong, ada orang yang berniat jahat sedang menunggu untuk mencuri barang.

Di Paris, Rome, Venice, Milan ramai ya penyeluk saku. Kena berhati-hati!

9. Kos melancong

Murah atau mahal kos melancong, anda sendiri yang tentukan. Sudah tentu lebih murah dari pergi dengan agensi pelancongan dan lebih santai.

Lebih seronok sebab anda tentukan sendiri masa anda dan ke mana hendak pergi. Ingat ya, melancong ke Eropah tak perlu ratus ribu ringgit pun, melainkan anda kaki ‘shopping’ barangan jenama mewah seperti Hermes, LV, Prada dan lain-lain.

Baca juga: Bandar Quanzhou Di China Kaya Elemen Malaysia, Ramai Teruja Seakan ‘Mini Melaka’!

Sumber: Nur Hanis Hairani

FT Image: Nur Hanis Hairani / havehalalwilltravel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×