Bagi umat Islam, solat istikharah dapat membantu mereka yang bingung untuk membuat pilihan dalam kehidupan. Di mana, ia solat sunat memohon petunjuk kepada Allah SWT dengan melakukan cara solat sunat istikharah seperti di bawah.
Salah satu isu biasa yang menjadi dilema yang memerlukan solat istikharah adalah berkenaan jodoh. Jadi, berikut adalah cara solat sunat istikharah yang terperinci bermula dari waktu solat istikharah yang sesuai, tatacara hinggalah niat dan doanya!
Baca juga: 5 Panduan Cerai ‘Fast Track’, Kes Boleh Selesai Dalam Masa 1 Hari Je! Mudahnya Urusan~
CARA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Waktu yang sesuai untuk solat iktikharah
Solat Istikharah merupakan salah satu solat sunat yang sangat mudah dilaksanakan kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan bukan pada waktu yang dilarang mengerjakannya.
Oleh itu, waktu untuk menunaikan solat istikharah boleh dilakukan pada waktu pagi, tengahari atau petang. Namun begitu, ada waktu-waktu tertentu yang sangat digalakkan atau waktu paling utama untuk menunaikan solat sunat tersebut.
Berikut adalah waktu yang paling dianjurkan untuk mengerjakan solat istikharah, antaranya:
- Sepertiga malam terakhir
- Sebelum solat subuh
- Waktu antara azan dan iqamat
- Di akhir solat fardu
- Ketika hujan turun
- Pada malam Lailatul Qadar
Baca juga: Banyak Komen Berbaur Gedik & Bernafsu Di Media Sosial, Wanita Pun Sama Kena Jaga Pandangan!
Tatacara solat istikharah
Cara mengerjakan solat istikharah sebenarnya sama dengan solat umumnya, baik solat fardu mahupun sunat. Terdiri daripada solat dua rakaat, berikut adalah tatacara solat istikharah yang lengkap antaranya:
- Membaca niat solat istikharah
- Takbiratul ihram
- Membaca doa iftitah
- Membaca surah al-Fatihah
- Membaca surat dari al-Quran, diutamakan membaca surah al-Kafirun
- Rukuk dengan tamakninah
- Iktidal dengan tamakninah
- Sujud dengan tamakninah
- Duduk di antara dua sujud dengan tamakninah
- Sujud kedua dengan tamakninah
- Berdiri menunaikan rakaat kedua
- Membaca surah al-Fatihah
- Membaca surah dari al-Quran, diutamakan membaca surah al-Ikhlas
- Rukuk dengan tamakninah
- Iktidal dengan tamakninah
- Sujud dengan tamakninah
- Duduk di antara dua sujud dengan tamakninah
- Sujud kedua dengan tamakninah
- Tahiyat akhir dengan tamakninah
- Salam
Baca juga: Individu Kena ‘Basuh’ Lepas Komen “Taat Kepada Suami Itu MUTLAK Biarpun Dia Jahat Sekalipun!”
Bacaan niat dan doa solat istikharah
Berikut bacaan niat solat istikharah yang terdiri dari dua rakaat:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ الاِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”
Berikut adalah bacaan doa istikharah yang perlu anda ketahui iaitu:

- Allahumma Innii Astakhiiruka bi’ilmika
- Wa Astaqdiruka Biqudrotika
- Wa As-aluka Min Fadhlikal Azhiim
- Fainnaka Taqdiiru Wa Laa Aqdiru
- Wata’lamu Wa Laa A’lamu
- Wa Anta ‘allaamul Ghuyuub
- Allaahumma In Kunta Ta’lamu
- Anna Haadzal Amro Khoirun Lii Fii Diinii Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri
- Faqdurhu lii Wayassirhu lii
- Tsumma Baarikli Fiihi
- Wa In Kunta Ta’lamu
- Anna Haadzal Amro Syarrun Lii Fii Diini
- Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri
- Fashrifhu ‘annii Washrifnii ‘anhu
- Waqdur Liyal Khairahaytsu Kaana
- Tsumma Aor Dhinii Bih
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.” (Rekod Imam al-Bukhari)
Baca juga: Stylist Lelaki Pakaikan Hijab, Wanita Ini Tegur “JANGAN Biarkan Ia Jadi Perkara Normal”!
Sumber: Pop Mama
FT Image: islamituindah
