“Inilah yang dinamakan pengorbanan seorang ibu.” Itulah yang dapat penulis ungkapkan tatkala melihat sebuah video yang dikongsikan seorang individu di Tiktok. Baru-baru ini, seorang wanita telah tular kerana kelihatan gigih menjemput ambulans menuju ke rumahnya demi membawa anak yang sakit ke hospital.
Perkongsian video akaun Danial Haikal itu, telah mengundang rasa hiba kepada orang ramai, berikutan wanita tersebut dilihat mengayuh basikalnya dalam kegelapan malam sambil diekori sebuah ambulans.
Baca juga: Penyajak Cilik 2 Beradik Menang Di Kebangsaan, Kisah Berliku Disebaliknya Buat Ramai Terkesan!
PENGORBANAN SEORANG IBU

Menurut penjelasan kapsyen pemilik video, mereka telah menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang individu yang diserang sawan.
Namun, pihak ambulans sukar mengesan lokasi kediaman pemanggil. Mereka terpaksa meminta pemanggil menjemput mereka untuk menunjukkan arah rumah yang terletak di kawasan Pendang, Kedah.
Baca juga: Wanita Ini Bersyukur, Bila Nak Hujan Jiran Cina Tolong Alih ‘Parcel’ 8kg & Angkat Kain Jemuran!
Kehadiran wanita menunggang basikal dalam keadaan tercungap-cungap sungguh mengejutkan!
Kata Danial Haikal, apa yang disaksikan selepas itu telah menimbulkan rasa sebak dalam dirinya. Setelah menunggu selama hampir 20 minit, dia terkejut kerana yang datang adalah seorang wanita yang berbasikal dalam keadaan tercungap-cungap sambil memohon maaf.
“Dalam masa yang agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller datang. Kami agak terkejut sebab ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap dan berkata maaf lambat,” tulisnya.
Menurut Haikal, mereka ada memujuk ibu tersebut untuk menaiki ambulans, namun wanita berkenaan menolak dan tetap mahu mengayuh basikal demi memastikan anaknya segera mendapatkan rawatan di hospital.
Ujarnya lagi, perjalanan ke rumah wanita itu agak jauh ke dalam dan perlu meredah ladang kelapa sawit yang sememangnya gelap.
“Rumah agak jauh dana gak dalam di ladang kelapa sawit. Saya yang di dalam ambulans ini sebak tengok ibu ini sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit,” jelasnya.
Melalui laporan media tempatan, rumah wanita tersebut berada di Kampung Charok Kudung. Kini, anak kepada wanita itu sedang menerima rawatan susulan di Hospital Pendang, Kedah.
Baca juga: Semangat Tinggi Murid PPKI Ini Masuk Pakaian Beragam, Buat Ramai Sebak & Puji “Cantiknya Adik”
Ramai warga maya terkesan dengan pengorbanan seorang ibu ini
Perkongsian video itu turut membuatkan ramai sebak apabila terkenangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.
“Inilah perjuangan seorang ibu. Biar susah payah ditanggung buat anak-anak.
“Ibu sanggup buat apa sahaja untuk kita kan? Hilang dah rasa takut kayuh basikal dalam gelap, sebab dalam kepala asyik terfikir anak sakit je dekat rumah tu.
“Betapa hebatnya perjuangan seorang ibu, semoga cepat sembuh buat anaknya.
“Terima kasih abang ambulans! Menitis air mata ini, hanya ibu yang memahami dan merasai betapa risaunya pada anak bila sakit. Ibu sanggup lakukan apa sahaja,” antara 5519 komen daripada warga maya.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 956 ribu tontonan dan 72.9 ribu tanda suka.
@danialhaikall_ terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan).. tibaNya di lokasi (landmark) kami inform caller utk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yg agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller dtng kami agak terkejut sbb ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap2 dan berkata maaf lambat .Lalu ia tunjukan kami jalan untuk kerumahNya .Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan & saya yg bawa basikal tu tapi dia xmau ..Ibu tu kata xpa2 saya boleh kayuh .kami pon ikod la ibu tu .Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit .. Saya yg d dlm ambulan ni pon sebak tengok ibu ni sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit 😔😔😔😔😭😭😭😭
Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!
Sumber: Tiktok @danialhaikall_
FT Image: Danial Haikal
