Perasan atau tidak, setiap kali anda berkunjung ke kawasan desa dan perkampungan, pasti banyak rumah menggunakan cat jenis warna hijau yang sama iaitu ‘hijau miskin’. Malah, penggunaan warna yang dikenali sebagai ‘green gecko’ ini juga sangat popular di Indonesia kerana harganya pun lebih murah.
Menerusi carian di TikTok menggunakan #HijauMiskin, istilah tersebut muncul disebabkan warna yang digunakan lebih terang kerana tidak dicampurkan dengan mana-mana warna lain walaupun secalit putih. Sangat kuat pantulan warna ini ya!
Baca juga: 3 Barang ‘Wangi’ Ini Sebenarnya TAK PERLU Ada Dalam Rumah Kita, Punca Masalah Paru-Paru!
JENIS WARNA HIJAU UNTUK DEKO RUMAH, ELAK HIJAU MISKIN YA!

Warna ‘hijau miskin’
Jadi, kalau anda tidak mahu tersenarai sebagai salah seorang pengguna warna hijau miskin dalam dekorasi rumah, berikut merupakan beberapa pilihan warna hijau lain ‘hijau miskin’ tersebut.
1. Hijau Asparagus
Warna ini terinspirasi dari tanaman asparagus yang juga dikenali dengan sayuran musim panas. Sesetengah individu gemar menjadikan hijau asparagus sebagai penghias dinding kediaman kerana memberikan impak luas pada ruang. Kombinasi dengan warna putih krim akan menyerlahkan lagi ruang tersebut.
Kod warna: #87a96b
2. Hijau olive
Warna hijau ini kebiasaannya dikategorikan sebagai warna yang natural kerana karakteristik adalah campuran sedikit coklat dan keemasan. Ramai yang gemar menggayakan warna hijau olive terutama sekali busana raya.
Kod warna: #708238
3. Hijau mint
Mint green merupakan warna yang popular dan sering dijadikan sebagai cat dinding rumah minimalis. Malah ada yang menjadikannya sebagai warna untuk pakaian rasmi seperti perkahwinan kerana bersifat lembut.
Kod warna: #98FB98
4. Hijau mantis
Variasi warna hijau ini mengambil inspirasi daripada belalang (mantis adalah belalang betina). Sesetengah bahan dekorasi dan ruangan memerlukan warna hijau yang lebih terang bagi menimbulkan mood istimewa, oleh itu, hijau mantis adalah pilihan terbaik sekali gus menyerlahkan konsep diingini.
Kod warna: #74c365
5. Hijau lumut
Warna hijau ini terinspirasi daripada warna lumut, penggunaannya dalam hiasan dalaman termasuk cat dinding akan memberikan impak sejuk dan nyaman kepada penghuni. Tambahan pula warnanya lebih gelap dan menyamankan, sesuai untuk bilik tidur.
Kod warna: #8a9a5b

Contoh cat warna hijau yang eksklusif.
*Jadi, yang mana satu warna hijau jadi pilihan supaya nampak eksklusif? Paling suka yang mint green tu!
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
Sumber: Tiktok #HijauMiskin
