Kelibat pemotong rumput di tepi jalan raya sememangnya ‘menggerunkan’ mereka yang sedang memandu. Mana tidaknya, kemungkinan cermin kereta retak akibat terkena serpihan batu yang melantun adalah tinggi.
Jadi, dalam situasi tertentu melibatkan kontraktor pembersihan jalan dan lebuh raya, anda sebenarnya boleh menukar cermin kereta yang pecah secara ‘percuma’. Apakah tindakan boleh diambil? Che Pai ada berkongsi tindakan yang diambil olehnya setelah menjadi mangsa cermin kereta retak.
Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!
CERMIN KERETA RETAK TERKENA BATU MESIN RUMPUT

Gambar: Che Pai
Pengalaman cermin pecah kerana orang Pakistan mesin rumput tepi jalan. Batu naik terus ke cermin kereta.
Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!
Tindakan yang saya lakukan:
- Berhenti disamping orang yang potong rumput, tak perlu marah-marah.
- Ambil gambar lokasi di mana kejadian terjadi.
- Bertanya khabar dengan pemotong rumput.
- Dapatkan nombor supervisor nya sebab yang potong rumput tak ada bawa wang tunai untuk selesai tepi, sekiranya tak nak panjangkan cerita mereka akan hubungi supervisor.
- Supervisor akan datang segera dan ambil gambar mereka dan pekerja yang sedang bertugas.
- Supervisor akan minta kita ambil gambar dan dia pun ambil gambar kereta dan cermin yang pecah.
- Mereka akan beri kita satu tempat cermin Panel mereka yang akan gantikan cermin kereta bersertakan nombor telefon.
- Kedai cermin minta gambar cermin, lokasi dan model kereta.
- Selepas satu hari cermin yang dipesan akan sampai.
- Kita diberi lokasi dan terus buat pemasangan percuma ditanggung oleh insuran mereka.
Kos sebenar sekeping cermin sekitar bawah RM1,800.

Gambar: Che Pai
Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!
Sumber: Che Pai
FT Image: Che Pai
