Saban hari ada sahaja berita mengenai keretakan rumah tangga disebabkan gangguan orang lain. Hal ini sudah tentunya merisaukan kerana boleh menggugat keharmonian sesebuah keluarga dan menjejaskan hubungan suami isteri. Bagi mengatasi hal ini, anda boleh saman orang ketiga seperti cara di bawah ini.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh seorang peguam bernama Fatin di laman TikToknya. Jadi, jika rumah tangga anda diganggu, saman orang ketiga dengan cara ini!
Baca juga: Suami Isteri Tak Ada Kesefahaman Bukan Alasan Untuk Bercerai, Pandang Sisi Positif Macam Dr Imelda
CARA SAMAN ORANG KETIGA DALAM PERKAHWINAN, JANGAN BIARKAN

“Macam mana nak saman pihak ketiga yang kacau perkahwinan orang?”
Antara langkah yang diajar oleh Fatin menerusi video tersebut adalah:
1. Buat aduan Gangguan Pihak Ketiga di pejabat agama berhampiran.
2. Gangguan Pihak Ketiga ini termasuk dalam kategori kesalahan jenayah syariah dan hanya Pendakwah Syarie yang mempunyai bidang kuasa untuk memulakan kes jenayah.
3. Kalau ada bukti yang kukuh untuk aduan tersebut dan kita boleh dakwa pihak ketiga tersebut di Mahkamah Syariah.
4. Antara bukti kukuh yang diperlukan adalah:
- Maklumat diri orang ketiga
- Gambar/bukti dia jadi orang ketiga
- Tangkap layar mesej/bukti
- Dokumen lain seperti video, rakaman suara, gambar dan lain-lain.
Jika perosak rumah tangga tersebut disabitkan bersalah, dia boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah juga boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada pangkuan isteri atau suaminya.
*Jangan teragak-agak untuk saman orang ketiga jika anda ada semua bukti. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Fazura Tekad Dengan Keputusan Sendiri, Mahu Berpisah Demi Maruah Wanita & Anak
Sumber: TikTok Fatin Talk Law
