Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Dah 5 Tahun Tapi Tak Tahu TANGAN DOMINAN Kiri Ke Kanan, Buat 5 ‘Test’ Santai Ini!

tangan dominan

Ketika kanak-kanak sudah boleh menggenggam atau meraih sesuatu benda, akan timbulnya fasa dia menunjukkan kemampuan tangan mana yang lebih dominan. Tangan dominan kebanyakan orang majoritinya adalah melakukan kegiatan dengan tangan kanan, namun ada juga tangan kirinya lebih dominan yang dikenali sebagai kidal.

Lantas, bagaimana caranya untuk mengesan tangan mana yang lebih dominan untuk anak? Melalui perkongsian Mahfuzah Zainol, terdapat 5 ujian yang boleh dijalankan secara santai terhadap anak untuk mengesan kecenderungan tangan mereka sewaktu melakukan aktiviti.

Baca juga: Bahaya! 5 Anggota Tubuh Ini Boleh Buat Kanak-Kanak Jadi KETAGIH Rasa Sensasi Bila Disentuh

TANGAN DOMINAN SI KECIL

tangan dominan

Gambar: neurosciencenews

“Macam mana nak tahu anak kita dominan tangan kiri atau kanan?”

Ini antaran ujian ringkas yang ibu ayah atau cikgu boleh test kepada anak-anak.

Hand dominance akan berkembang sekitar umur 2-3 tahun dan matang apabila dah masuk 5-6 tahun. Kalau 5-6 tahun masih belum develop hand dominance, boleh jalankan ujian ini.

Kadang-kadang kita tak perasan kecenderungan tangan mereka.

Baca juga: Parents Boleh Mula Ajar Anak Perempuan Pakai Coli Pada Umur INI, Kena Mula Awal Supaya Tak Kekok!

Baca juga: Guna Ayat Yang Salah Ketika Tegur Anak, Boleh Jadi Punca Timbul Cemburu dan Dengki

5 UJIAN KESAN KECENDERUNGAN TANGAN KANAK-KANAK

1. Bean bag

Cuba bagi bean bag di hadapan anak anda dan lihat tangan mana yang akan diguna untuk mengambil dan membaling bean bag.

2. Bola

Guna bola kecil seperti bola tenis untuk membaling. Perhatikan tangan mana yang dia guna untuk membaling.

3. Makanan kegemaran.

Letakkan makanan kegemaran (yang kering) anak anda di tengah-tengah meja. Biar mereka ambil.

Perhatikan tangan mana yang mereka guna dahulu untuk ambil.

4. Menaip atau ‘touch screen’

Boleh guna alat berteknologi tinggi seperti komputer atau tablet untuk mengesan tangan mana yang anak anda selalu guna.

5. Handwriting

Letak pensel di tengah meja. Lihat tangan mana yang digunakan untuk mengambil pensel.

Pastikan tiada verbal prompts atau arahan untuk ubah tangan. Kita nak lihat secara spontan ‘hand dominance’ tersebut.

Baca juga: Jangan Mandi Air Suam, Antara 3 Kesilapan Ibu Bapa Sering Buat Bila Anak Demam!

Ujian-uijan tersebut perlu dilakukan dalam situasi santai

Kesemua 5 ujian di atas harus dilakukan dalam situasi santai dan tidak formal. Kita hendak mengesan kecenderungan tangan.

Selamat mencari kecenderungan! Semoga di dunia kita lefty, tapi menerima amalan baik di akhirat dengan tangan kanan.

Baca juga: 4 Kartun Ini Sangat Bagus Untuk Anak ‘Speech Delay’, Ramai Mama Papa Setuju!

Sumber: Mahfuzah Zainol

FT Image: Google / growinghandsonkids

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×