Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada malam 30 Ogos akan datang, Rapid KL buat pertama kalinya melanjutkan operasinya selama 24 jam.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, semua perkhidmatan rel merangkumi transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan monorel serta transit aliran bas (BRT) laluan Sunway dan laluan bas terpilih akan beroperasi bermula 6 pagi pada 30 Ogos hingga 11.30 malam pada 31 Ogos.
Baca juga: Senarai Lokasi Kamera AwAS Di Lebuhraya Utama & Lampu Isyarat, Jangan Pandu Laju!
SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2024, RAPID KL BERKHIDMAT 24 JAM

Menurutnya, sehingga 60 bas perantara percuma dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya bermula 6 petang, 30 Ogos hingga 3 petang, 31 Ogos bagi memudahkan warga kota meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang bakal berlangsung di Putrajaya.
“Perkhidmatan ini dijalankan sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan,” jelasnya.
Selain itu, sebanyak sembilan buah bas akan disediakan dari MRT Putrajaya Sentral ke lokasi menarik di sekitar Putrajaya seperti Taman Botani, Marina Putrajaya, Alamanda dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 31 Ogos.
Pihak Prasarana berbangga kerana dapat menyediakan perkhidmatan ini kepada rakyat Malaysia. Tambahnya juga, seramai 4,000 petugas barisan hadapan juga akan bertugas secara syif bagi memastikan kelancaran operasi 24 jam.
Perkhidmatan 24 jam itu diharapkan dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang ingin hadir menyambut ambang merdeka di Dataran Putrajaya.
Penggunaan perkhidmatan rel dan bas Rapid KL dapat mengelakkan kesesakan dengan lebih 10,000 petak parkir tersedia di beberapa stesen rel terpilih.
Baca juga: Cara Betul Nak Guna Jalur Gemilang, Jangan Main Gantung Sahaja
Sumber: Harian Metro
