Dalam zaman serba moden ini, pelbagai cerita kartun ada disiarkan di rata-rata aplikasi untuk menarik minat si kecil. Demi meraih ‘view’, ada beberapa akaun tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita kartun berunsurkan seksual dan keganasan.
Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang terkejut melihat kanak-kanak menonton cerita kartun tersebut ketika berada di sebuah taman.
Baca juga: Personaliti Anak Ikut Bulan Kelahiran, Katanya Lahir Ogos Pandai Bergaul?
CERITA KARTUN LUCAH MAKIN MERISAUKAN, KENA AWASI ANAK SELALU

Menerusi luahan tersebut, dia meminta agar ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak dan memberi masa sepenuhnya kepada mereka.
Hal ini kerana dia mendapati ada budak berusia lingkungan 7 tahun melihat cerita kartun tetapi dipenuhi dengan aksi lucah. Perkara sebegini tidak harus dibiarkan kerana konten tersebut sememangnya tidak sesuai ditonton oleh mereka.
Difahamkan juga, cerita kartun tersebut sangat popular di Malaysia namun sering diubah suai oleh akaun tidak bertanggungjawab demi meraih penonton.
“Saya nak berpesan kepada ibu bapa semua, walau sesibuk mana pun kita, sila awasi apa yang anak-anak tonton. Dekat taman tadi saya terkejut melihat cerita kartun Indonesia yang sangat luca*.”
“Budak yang tengok gelak ketawa tanpa mereka faham mengenai cerita tersebut. Harap-harap ada pihak dapat mengambil tindakan kepada pengguna yang tidak bertanggungjawab ini,” jelasnya.
Antara jalan penyelesaian lain boleh dilakukan adalah dengan tidak memberi telefon atau sebarang gajet kepada kanak-kanak kerana masih tidak sesuai.
Biarlah mereka menikmati kehidupan sebagai kanak-kanak tanpa ‘disogokkan’ dengan gajet dan cerita kartun secara online. Tidak salah untuk melihat kartun, namun ada baiknya jika dipasang di televisyen kerana ibu ayah dapat mengawal secara langsung.
Jadilah insan bertanggungjawab dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Salah Siapa Generasi Sekarang ‘Perangai’ Semakin Menjadi-Jadi? Ibu Ayah Baca PERINGATAN Ini
Sumber: Facebook Taring Putih Konoha
