Euforia Bola 2026
Percutian

Senarai Makanan Halal Di Paris, Jangan Lupa Singgah Bila Dah Sampai Sini!

makanan halal di paris

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa senarai makanan halal di Paris sekiranya anda bercuti di sana. Walaupun di negara orang, pelbagai hidangan masakan asia boleh dinikmati.

Jadi, sekiranya anda mencari makanan halal di Paris, jangan lupa untuk masukkan beberapa restoran di bawah ini dalam senarai anda. Sedapnya!

Baca juga: Tukaran Mata Wang Menurun, Jom Bercuti Di 5 Negara Ini. Barulah Feeling!

MAKANAN HALAL DI PARIS ANDA BOLEH MAKAN

MAKANAN HALAL DI PARIS

1. Restoran Nur Malaysia 

Makanan halal di Paris anda boleh dapati dengan mudah di Restoran Nur Malaysia. Lebih menarik lagi, restoran ini dimiliki orang Malaysia.

Jika anda berada Cimetiere St-Vincent, jangan lepas peluang untuk mengunjungi restoran ini. Pelbagai makanan Malaysia dihidangkan seperti nasi goreng, mi goreng, sup, tomyam, masak lemak cili padi, rendang, kari kepala ikan, nasi lemak dan lain-lain.

Sekiranya anda berada di sini, jangan lupa cuba teh tarik dan pasti teringat-ingat. Pengguna Google turut memberikan restoran ini komen yang memuaskan.

2. Samina Restaurant Indian

Makanan halal di Paris yang seterusnya adalah Samina Restaurant Indian terletak di Rue de la Huchette. Antara hidangan disajikan adalah ayam tanduri, kebab, shawarma, ayam masala, udang kari, kambing kurma dan lain-lain.

Menu tersebut sudah tentunya mampu memenuhi cita rasa anda sekiranya bercuti di Paris.

3. Makanan halal di Paris – Le Jumeyrah

Selanjutnya adalah restoran Le Jumeyrah terletak di Saint Maur, Paris. Restoran ini menghidangkan makanan barat seperti steak, burger, spageti dan lain-lain.

4. My French Cantine

My French Cantine, konsep baharu restoran Fast-Casual, menawarkan pelbagai menu terdiri daripada hidangan seperti burger. Nikmati makanan anda dalam suasana moden dan indah.

5. Twilsons 

Restoran bistro klasik ini dikunjungi oleh rata-rata pelancong di seluruh dunia. Hidangan makanan segera seperti burger, kentang goreng, ayam goreng dan lain-lain boleh anda nikmati bersama insan tersayang.

6. Maison Noura

Maison Noura menawarkan anda pelbagai hidangan menu untuk dinikmati. Hiasan reka dalaman oleh Pierre-Yves Rochon, seorang pakar Lubnan dan Timur Tengah.

Sekiranya anda gemar dan ingin mencuba makanan Lubnan ketika berada di Paris, jangan lupa untuk berkunjung di Maison Noura ini.

Setiap suapan, pasti teringat-ingat!

Baca juga: 5 Tempat Pelancongan Bajet RM1000, Nak Pergi Luar Negara Pun ‘Lepas’!

Sumber: Google 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×