Euforia Bola 2026
Nur

Tambah Amalan Dengan Niat Bangun 4 Pagi, Tunaikan Lima Solat Sunat Ini

SOLAT SUNAT WUDUK

Menerusi hantaran Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus di laman Facebook yang mendapat 12,000 perkongsian, solat sunat wuduk dan lain-lain sangat dianjurkan untuk anda tunaikan pada jam 4.00 pagi.

Jelasnya, semakin banyak anda beramal, makin banyak kebaikan di dunia dan akhirat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Jadi, berniatlah untuk bangun seawal jam 4.00 pagi demi menunaikan solat sunat di bawah ini.

Baca juga: Kaum Wanita Baca dan Amalkan Doa Ini, Elak Jadi Mangsa Jenayah Rogol

SOLAT SUNAT WUDUK & LAIN-LAIN DIANJURKAN BUAT JAM 4AM

SOLAT SUNAT WUDUK

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,

“Kenapa aku tak beramal banyak?”

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal). Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan kepada anda semua, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun dan sembahyang (sunat):

  • Solat sunat Wuduk – 2 rakaat
  • Solat sunat Taubat – 2 rakaat
  • Solat sunat Tahajud – 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)
  • Solat sunat Hajat – 2 rakaat
  • Solat sunat Witir – 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu sahaja:

“Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan.” 

Akhir sekali, witir 3. Semuanya 21 rakaat. Kalau tak boleh buat 21 rakaat, buat satu rakaat sahaja dan witir 1 rakaat.

Antara kelebihannya adalah:

“Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji.”

– Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.

Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita? Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah supaya kita senang dalam kubur kerana tak semestinya orang sakit itu mati. Tak semestinya orang sihat itu tak mati.

Mati tak tahu bila. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Lupa Buang Sampah & Sisa Makanan Sebelum Tidur, Takut Ada Yang ‘Datang’!

Sumber: Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×