Sebuah perkongsian dari Ustazah Badariah di Facebook baru-baru ini, telah mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi amalan zikir menggunakan ruas jari tangan kanan. Di mana, ia mendapat 1.9 ribu perkongsian dan 4.3 ribu tanda suka setakat hari ini.
Baca juga: Doktor Kongsi Senarai 16 Penyakit Yang Disarankan Solat Atas Kerusi, Walau Sakit Ibadah Tetap Jalan!
HIKMAH ZIKIR GUNA RUAS JARI

Gambar oleh Ustazah Badariah
Ustazah Badariah menegaskan,
“Sunnah yang kecil, tapi besar nilainya di sisi Allah. Nabi SAW pesan, ruas-ruas jari ini akan menjadi saksi kita di hari akhirat. Sebab itu para ulama sangat galakkan kira zikir dengan jari, bukan sekadar biji tasbih.
“Hari ini kita mula balik amalan yang Nabi ajar. Sedikit, tapi istiqamah. Semoga setiap ruas jari kita menjadi saksi kebaikan di akhirat nanti.”
Warga maya yang mengikuti perkongsian ini turut berkongsi pengalaman:
“Saya dari sekolah agama dah amalkan zikir guna jari ini. Dalam masa yang sama boleh kuatkan ingatan kita. Dulu ustazah selalu pesan zikir guna jari, di akhirat nanti, mulut dan lidah kita ditutup, hanya anggota lain yang akan bercakap. Jari-jemari kita akan bagitahu Allah SWT dengan amalan kita nanti.”
“Alhamdulillah, dah lama amalkan. Siap tampal dekat dinding untuk ajar anak-anak pula.”
“Alhamdulillah, saya buat 1 jari anak sampai jari telunjuk, setiap jari 8x. Ibu jari saya kira 1 kali dan semuanya 33x.”
Baca juga: Wanita Kongsi Tip Tutup Aurat Semasa Buat Prosedur MRI, Tidaklah Rasa Segan Dengan Petugas
Rahsia di sebalik zikir dengan ruas jari
Sementara itu, petikan dari portal Sinar Islam menemual bual pendakwah Ustaz Fauzi Mustaffa dan Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah untuk mendapat penjelasan lanjut berkenaan zikir menggunakan ruas jari.
Rasulullah SAW begitu menggalakkan umat Islam berzikir dengan jari, walaupun ketika itu sudah wujud alat menyerupai tasbih yang diperbuat daripada anak batu.
Sabda Nabi SAW: “Wahai para wanita mukminah, kalian harus rajin bertasbih, bertahlil dan mensucikan nama ALLAH. Janganlah kalian lalai sehingga melupakan rahmat. Hitunglah dengan jari-jari kalian kerana semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara (ditanya pada hari akhirat kelak).” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Menurut Ustaz Fauzi, walaupun tidak wajib, berzikir dengan jari adalah sunat berpahala kerana ia mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.
“Jarilah yang akan menjadi saksi kepada kita sama ada kita berbuat baik atau sebaliknya. Seandainya kita gunakan jari ini untuk bertasbih, berzikir atau tahlil, jari inilah yang akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT,” jelas beliau.
Beliau turut menambah, menggunakan tasbih manik atau digital juga dibolehkan, terutama jika bilangan zikir mencapai ribuan. Namun, amalan dengan jari tetap ada keistimewaan tersendiri kerana setiap ruas menjadi saksi.
Cara Rasulullah menggunakan jari

Tangkap layar TikTok @shazreeyana.shukri
Ustazah Sharifah Fadylawaty menegaskan, Rasulullah SAW sering mempraktikkan tasbih dengan tangan kanan.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, beliau berkata: “Saya melihat Rasulullah SAW menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jari menggunakan tangan kanannya.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Maksud menghitung (aqdu) menurut amalan orang Arab dengan meletakkan salah satu hujung jari pada pelbagai ruas jari yang lain. Ia sebagaimana disebutkan dalam Nataij Al-Afkar fi Takhrij Ahadith Al-Adzkar, 1/90.
“Dibolehkan kita berzikir dengan kedua-dua tangan. Namun, kita dianjurkan untuk mengutamakan yang kanan kerana Rasulullah SAW sentiasa mendahulukan anggota badan yang kanan untuk hal yang baik,” katanya.
Baca juga: Ini Kelebihan Botol Wuduk Inovasi Untuk Muslim Moden, Orang Ramai Kena Ada 1 Bawa Dalam Beg!
Sumber: Ustazah Badariah / Sinar Islam
FT Image: TikTok @shazreeyana.shukri
