Setiap syarikat dan majikan akan memberikan pengalaman yang berbeza dalam hal pekerjaan. Jika anda ada rezeki bertemu dengan majikan yang baik dan bertimbang rasa, potensi untuk kena buang kerja dengan cara halus adalah sukar.
Apa yang dimaksudkan dengan cara halus ini adalah, majikan akan mencari sabit untuk membuatkan kita sendiri yang berhenti kerja dan tidak mahu menyalahkan pihak mereka. Seperti kisah yang dikongsikan wanita ini, mungkin juga telah berlaku pada diri anda!
Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!
TEKNIK HALUS BOS NAK BUANG KERJA, SURUH PINDAH TEMPAT JAUH

Berlainan dengan situasi wanita ini yang mendakwa dirinya ditukarkan ke tempat kerja tanpa alasan yang munasabah dan konkrit.
Luahan ini dikongsikan melalui Tiktok, apabila wanita tersebut merupakan staf di sebuah rangkaian pasaraya di Damansara. Dia menceritakan bahawa namanya dipilih secara rawak oleh pihak atasan untuk ditukarkan ke cawangan daerah lain yang lebih jauh.
“Saya pun pelik..tiba-tiba tak ada ribut, tak ada taufan. Mereka cakap HQ yang letakkan nama secara rawak”. Paling mengejutkan adalah, namanya adalah wajib pergi ke lokasi baharu.
Ternyata, apa yang dilakukan oleh majikannya dianggap kejam kerana sangat jauh dari tempat tinggal sekarang. Malah, dia turut menafikan bahawa dirinya mempunyai masalah disiplin. Wanita tersebut berkata, dia hanya dimaklumkan bahawa ia adalah peraturan syarikat untuk dipatuhi.
Yang peliknya adalah, sekarang majikannya tengah temu duga orang baharu seperti dia telah dibuang kerja. Dia turut memberitahu bahawa akhirnya memilih untuk berhenti dan mencari kerja baharu.
“Satu je doaku moga Tuhan sahaja yang balas perbuatan kamu,” luahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengatakan bahawa ini merupakan cara pengurusan untuk buang staf atau pekerja. Dia tidak boleh berhentikan sebab kena bayar pampasan jadi, syarikat akan hantar jauh atau buat jadual padat supaya kita sendiri akan berhenti.
“Ini merupakan cara halus nak suruh orang lama berhenti” ujar netizen.

Baca juga: Bayi Usia 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya, Si Abang Sudah Dibunuh Ibu Sendiri
Sumber: Mstar
