Euforia Bola 2026
Famili

5 Kisah #throwback Ketika Covid-19 Di Malaysia, No.2 Itu Paling Beri KEJUTAN, Ingat Lagi Tak?

cerita menarik

Sudah 4 tahun berlalu, sejak Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Banyak cerita menarik yang berlaku dan tidak kurang juga yang mengundang rasa terkejut, sedih serta marah.

Maka disebabkan itu, pada kali ini penulis ingin ‘campak belakang’ (throwback) mengenai berita menarik yang penah tular dan kecoh di media sosial sejak awal tahun 2020.

Baca juga: Isteri Belajar Tinggi Bukan Saingan Suami, ‘Maharani’ Ini Mampu Bina Anak Berkualiti!

CERITA MENARIK TAHUN 2020 COVID-19

1. Amaran Covid-19, Malaysia masih steady 

cerita menarik

Gambar: BH

Mari penulis mulakan dengan pandemik Covid-19 di Malaysia. Umum mengetahui, tahun sebelumnya ia sudah mula menjadi topik hangat di negara luar kerana wabak tersebut terus merebak dengan cepat.

Di Malaysia, virus ini pertama kali dikesan pada Januari 2020. Pada masa itu, peribahasa sediakan payung sebelum hujan seakan tidak wujud buat rakyat Malaysia dek kerana kemelut politik yang berlaku.

Akhirnya, wabak coronavirus mula merebak ke Malaysia pada bulan Mac dengan peningkatan kes yang tinggi. Situasi tersebut, membuatkan kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara.

Perkara itu, seharusnya menjadi pengajaran buat semua untuk lebih berwaspada sedari amaran pertama yang dikeluarkan.

2. TSMY jadi PM ke-8, beri kejutan pada rakyat

cerita menarik

Gambar: BERNAMA

Selain Covid-19, kemelut politik yang melanda ketika itu juga membuatkan situasi dalam negara agak panas dan tegang. Di mana, pada 24 Febuari 2020, Perdana Menteri Ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatannya.

Rakyat terus tertanya-tanya akan siapakah pengganti bagi jawatan tersebut?

Beberapa hari kemudian (1 Mac),  Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca juga: Jangan Terus Mengamuk Bila Kereta Kena Langgar Dari Belakang, Buat 7 Langkah Bijak Ini!

3. Sugu Pavithra, pikat hati rakyat Malaysia

berita viral

Gambar: Bernama

Sugu Pavithra, pasangan suami isteri yang membawa fenomena pada rakyat Malaysia ketika dunia sedang dilanda Covid-19. S.Pavithra dan suaminya M.Sugu, mula berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari 2020.

Kemudiannnya, pasangan ini memenangi hati ramai rakyat Malaysia sejak Mei 2020 kerana kejujuran dan kesopanan mereka mempamerkan kebolehan memasak di saluran YouTube mereka, ‘Sugu Pavithra’ dengan bahasa Melayu yang lancar.

Bahkan, resipi-resipi mudah yang dikongsikan juga menjadi rujukan orang ramai. Selain itu, semasa pandemik Covid-19, pasangan itu turut mendapat penghargaan daripada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

4. Fenomena Kopi Dalgona 

berita viral

Gambar: pinterest

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah melahirkan idea-idea kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mengisi masa lapang mereka. Memandangkan ramai duduk di rumah, memasak dijadikan sebagai hobi dan munculnya pelbagai resipi viral.

Kopi Dalgona antara yang menjadi tumpuan dengan carian tertinggi di Google Malaysia pada 2020, sehinggakan ramai yang berkongsi video cara membuat minuman itu di laman sosial.

Bukan sahaja popular dalam kalangan rakyat Malaysia, malahan seluruh negara sibuk mencuba kopi dalgona ini yang diperbuat dengan hanya menggunakan serbuk kopi, susu, gula dan air panas.

5. Nikah secara dalam talian, kes istimewa kerana PKP 

berita viral

Gambar: Wilayahku

Ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia, banyak pasangan yang sudah pun merancang untuk berkahwin pada tahun 2020 terpaksa menangguhkan upacara kahwin mereka akibat Covid-19 yang semakin merebak.

Namun begitu, norma baharu telah pun mengeluarkan satu penyelesaian buat perkara tersebut iaitu dengan menjalankan akad nikah secara dalam talian (online). Meskipun majlis akad nikah dijalankan online, perkara asas atau rukun nikah tetap sama cuma kaedah sahaja yang berbeza.

Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

Sumber: Suara Merdeka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×