Euforia Bola 2026
Didik

Jangan Terus Mengamuk Bila Kereta Kena Langgar Dari Belakang, Buat 7 Langkah Bijak Ini!

kemalangan kereta

Baru-baru ini, seorang pengguna X @zafranmustafa telah berkongsi beberapa perkara yang perlu dilakukan sekiranya anda berdepan dengan kemalangan kereta dilanggar dari arah belakang. Jelasnya dalam hantaran di X, tips diberikan itu adalah daripada peguam. Tanpa berlengah lagi jom Sirap Limau kongsikan kepada anda.

Baca juga: Khabarnya Mulai Ogos, Pinjaman Penuh (Full Loan) Beli Kereta Dah Tak Ada Lagi?

KEMALANGAN KERETA

kemalangan kereta

Gambar: X – @zafranmustafa

Tips dari peguam kalau kereta korang dilanggar dari belakang:

1. Jangan panik

Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

2. Ambil telefon bimbit buat catatan

Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya.  Hal ini kerana, anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

Baca juga: Ilmu Suntingan Paling Asas Naikkan Seri Gambar, Serius Ini Untuk ‘Beginner’ Je!

3. Menyapa pemandu yang melanggar dengan baik

Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapalah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan traffic.

4. Minta kad pengenalan atau lesen

kemalangan kereta

Gambar: buzzkini

Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda.

Beritahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

5. Minta tanggung kos pembaikan kereta

Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

6. Ambil nombor telefon pemandu yang melanggar

 Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

7. Buat laporan polis sekiranya…

Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya.

Biarkan dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Semoga bermanfaat dan pandulah dengan selamat.

Kredit: Andrian Cavanaugh

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Sumber: X – @zafranmustafa

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×