Di pasaran, terdapat dua jenis daging kambing biri-biri iaitu mutton shoulder dan lamb shoulder. Di mana, mutton shoulder agak sedikit liat kerana beberapa faktor. Oleh itu, berikut merupakan cara lembutkan daging kambing biri-biri jenis mutton shoulder ini, baca penjelasan lanjut dari Mira Nabila Wahiba di bawah.
Baca juga: Mulut Busuk Makan Petai, Ada Cara 1 Minit Hilangkan & Nafas Kembali Normal!
CARA LEMBUTKAN DAGING KAMBING BIRI-BIRI TUA (MUTTON)

Gambar: Mira Nabila Wahiba
Sebelum anda baca cara lembutkan mutton dengan lebih lanjut, mari ketahui perbezaan mutton shoulder dan lamb shoulder.
Nota penulis:
- Mutton shoulder: daging kambing biri-biri jenis dewasa dan lebih tua yang berumur lebih dari 1 tahun.
- Lamb shoulder: daging kambing biri-biri lebih muda berbanding mutton yang berumur 1 tahun ke bawah.
Pagi tadi beli mutton shoulder (yang saya sangkakan lamb shoulder). Tersalah baca, my bad. Ada beberapa komen cakap mutton ini liat dari lamb. Balik rumah, suami pun cakap mutton ini kambing biri-biri yang lebih tua. memang liat sikit.
Sebagai head chef dalam rumah, mana boleh putus asa. Takkan nak makan ‘mutton chop’ liat-liat. Kelentang kelentung dekat dapur siapkan perapan. Lepas itu, kita cuba rasa dulu sebelum bagi rakyat jelata makan.
Surprisingly, lembut wey! (Makan sambil nangis, terharu). Jadi, bagaimana saya melembutkan daging kambing tanpa menghilangkan rasa kambing itu?
Baca juga: Cara Buat SERBUK BAWANG PUTIH & Letak Sikit Je, Makanan Terus Sedap!
Rahsianya ialah NANAS. Yesss, dalam perapan itu saya kisarkan nanas dengan batangnya sekali. 3.2 kg mutton tadi saya guna setengah biji lebih nanas dicampurkan dengan bahan lain untuk diperap.
Dalam nanas ini ada sejenis enzim (enzyme bromelain namanya) yang mampu menguraikan ikatan protein. Mula-mula ingat nak guna soda bikarbonat. Tapi soda bikarbonat ini ada aftertaste yang tak sedap, macam kelat-kelat gitu dan boleh kacau rasa daging. Nenas tidak ya, nanti korang boleh cuba.
Sekian dari head chef (lantik sendiri).
Baca juga: Tips Rebus KERANG Elak Kecut Tapi Jadi Gebu, Puas Hati Bila Gigit!
Bahan-bahan perapan:
- Nanas
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lada hitam
- Sos tiram
- Sos cili
- Sos blackpepper
- Garam
- Gula
- Kisarkan semua bahan-bahan perapan di atas.
P/s: Saya perap 2 jam, terlebih masa dan terlebih kuantiti nanas kot. Masa masak tadi ada bahagian yang terlerai sendiri dari tulang. Dah tak jadi sekeping-sekeping. Jadi, korang jangan perap lama-lama sangat bila pakai nanas. Boleh hancur daging itu.
Baca juga: Resipi IKAN PERCIK ‘Viral’ Warisan Keluarga, Ramai Netizen Telah Jatuh Cinta!
Perapan dengan pelbagai jenis cara:
- Kalau nak terus makan boleh perap sekali dengan nanas.
- Kalau nak buat stok dan nak simpan lama, lepas dah perap daging dengan nanas (10-20 minit rasanya dah cukup). Bilas dengan air bersih-bersih baru perap semula tanpa nanas, sebab kalau diperap lama dengan nanas, risau jadi serunding je daging korang hahaha.
- Kalau nak teriyaki style, perap dengan bawang merah, bawang putih, halia, daun bawang, nanas dan madu.
- Kalau nak korean style tambah serbuk cili.
Baca juga: Resipi REMPAH KARI AYAM ‘Homemade’, Nak Kering Ke Basah 2 Versi Ini Ada!
Sumber: Mira Nabila Wahiba
FT Image: Mira Nabila Wahiba / bedneyimages
