“Tak selesanya perut ni. Nak guna minyak angin tapi risau pula bahan tak boleh untuk bayi dalam kandungan..”
Mengalami ketidakselesaan perut semasa hamil merupakan perkara normal. Sudah pelbagai gaya tidur dan duduk dicuba namun lenguh-lenguh masih terasa. Rupanya, ramai dalam kalangan ibu hamil risau untuk menggunakan minyak angin kerana dikatakan mempunyai bahan boleh mencacatkan kandungan.
Baca juga: Ibu Sebak Bila Bayi Dalam Kandungan Alami ‘Missing Finger’, Disahkan Semasa Ultrasound
WANITA HAMIL BAHAYA GUNA MINYAK ANGIN?

Menurut seorang pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad, ubat-ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi untuk mengurangkan ketidakselesaan perut, sama ada berbentuk krim atau ointment, tidak mempunyai kesan sampingan pada bayi dalam kandungan.
“Bahan aktif yang digunakan dalam minyak berangin ialah menthol. Semakin banyak peratusan menthol yang digunakan, semakin kuatlah ubat itu”.
Ujarnya lagi, penyerapan menthol ini ke dalam salur darah melalui kulit boleh diabaikan kerana kebanyakannya tersejat ke udara sebelum diserap. Patutlah apabila kita menyapu minyak angin, kesannya tidak tahan lama!
Bagaimanapun, menurut badan berkuasa yang mengawal keselamatan ubat-ubatan di Amerika Syarikat iaitu FDA mengatakan, menthol yang digunakan sebagai minyak berangin atau krim berangin tidak dikategorikan sebagai bahan yang selamat . Ini bermakna ubat minyak berangin bukanlah sesuatu yang disahkan selamat dan bukan juga dianggap berbahaya untuk digunakan wanita hamil atau yang sedang menyusukan anak.
Menurut penjelasan dari Dr. Fasya (Poliklinik Fasya), beliau turut mengatakan bahawa penggunaan minyak angin ini tidak bahaya sekiranya kondisi ibu dan kandungan sihat. Namun, dapatkan pemeriksaan doktor dahulu jika ragu-ragu.
PERUT TAK SELESA? BOLEH BUAT CARA INI
1.Makan dengan kerap
Perut kosong boleh memburukkan lagi rasa loya. Jadi makan hidangan bersaiz kecil atau snek yang mudah diambil seperti segenggam kacang atau biskut setiap satu hingga dua jam.
2.Pilih protein
Ia menawarkan kelegaan lebih lama daripada rasa loya berbanding makanan tinggi karbohidrat atau lemak. Pilihan terbaik adalah seperti yogurt, keju kotej, susu, kacang dan bijian.
3. Makanan masam
Hisap hirisan buah sitrus seperti lemon, oren atau limau. Gula-gula berperisa lemon juga boleh membantu.
4. Minyak aroma
Aroma minyak pati seperti pudina atau lemon boleh membantu meredakan gejala loya dengan cepat.
5. Elakkan berbaring selepas makan
Tabiat itu harus dielakkan kerana ia menghalang penghadaman dan membuatkan anda mual.
6. Pengambilan air mencukupi penting
Kekal terhidrat semasa mengandung boleh membantu meredakan loya dan juga mengatasi sembelit kerana membantu melembutkan najis.
7. Tuam air panas
Kaedah menuam berkesan membantu mengendurkan otot yang tegang dan melegakan simptom sakit perut. Menurutnya, setakat ini tiada lagi data yang dikumpulkan daripada wanita hamil menggunakan menthol yang disapu pada kulit dan mengalami kesan sampingan.

*Tapi, jangan sapu sampai sebotol pula minyak angin tu ya! Semoga bermanfaat!
@poliklinikfasyaboleh ke sapu minyak angin masa pregnanr?♬ original sound – DrFasya
Baca juga: Fenomena ‘Childfree Lifestyle’ Makin Popular Di Malaysia, Kahwin Tapi Tak Nak Anak!
